Thursday 1 December 2011

Random. Dia Dah Ada Teman Baru

' serious ? '


' iayalah, takkan nak main main kut '


' mana kau tahu ? '


' aku tengok gambar. sebelah dia ada perempuan '


' kawan dia la tu. ish kau ni '


' tapi nampak mesra lain macam je '


' eh kau ni, suka sangat buat spekulasi sendiri '


' sukahati kau la nak percaya ke tak '


' ..... '


' kau percaya sangat kat dia kan ? '


' kenapa, salah ? '


' aku tak cakap pun. aku taknak tengok kau sedih nanti '


' apa kaitan dengan aku ? '


' kau suka dia kan ? '


' dulu je '


' dulu lah sangat.. aku ni takla bodo mana weh '


' haha. biar jela. hidup dia. nak suruh aku sound dia ke ? '


' dia pernah cakap dia sayang kau ? '


' tak pun '


' kenapa kau nak tunggu dia lagi ? '


' mana ada aku tunggu dia '


' habis tu, nazim datang merisik. kenapa kau tolak ? '


' aku tak rasa dia jodoh aku '


' mana kau tahu ? kau ada mimpi ke ? '


' hal aku, sibuk je kau ni '


' kau ni, ada orang baik kau tolak. kau sanggup kena tipu hidup hidup. kau ingat apa yang dia janji dengan kau tu, dia nak lunas kan ? mimpi jelaa '


' dia janji .. '


Okaylah.. aku nak tanya korang, sampai bila jela 'JANJI' tu bertahan. Even bestfriend kau janji nak belanja kau air pun kadang kadang dia takbuat. Setakat nak menyedapkan hati je. Kau ingat bila dia cakap dia janji, dia ingat ?

Bila kau cakap, baru dia kalut. Mula lah nak cakap minta maaf berjuta juta kali dan buat janji manis sekali lagi. Apa jadi ? LUPA JUGAK AAAAA JAWABNYA ! Makan semut banyak sangat. Tapir pun memory dia lagi okay.

Perempuan, jangan la percaya kata kata manis tu. Buang karan je wehh. Sampai bila woi, sampai bila.. hah ? Mula lah kau nak mengenang nasibmu yang malang. hahaha. Adoi..




notatangan : pandai betul dia berlakon kan ?
cakap macam macam, perangai pun macam macam.

' ulat bulu dah naik daaaauuunn ! ' HAHAHAH. Teringan dekat member lelaki aku cakap benda ni bila nampak Arieff sorang lepak dengan budak perempuan :D


No comments:

Post a Comment

Solat penuh harini ?