Tuesday 29 November 2011

Monday 28 November 2011

LaughLife

Type in the YouTube search box :


charlieissocoollike



nigahiga



 shanedawsonTV



 matluthfi90



you may also click :


kevjumba
raywilliamjohnson
anwarhadi

untuk perhatian :

kandungan video raywilliamjohnson, shanedawsonTV tu agak kurang sesuai bagi kanak kanak. sebab diorang punya vid sangat kurang sopan and don't get me wrong, aku tak ajar budak budak tengok benda ni. Sekadar hiburan nak gelak sorang sorang hilang stress bolehlah layan :)


ps : happy watching ! :D

Senyum :)

Korang tahu tak yang korang nampak cantik bila senyum :) sebab tu lah aku comel. Aku suka senyum even kat strangers tapi nak senyum tu tengok lah. Agaak agak aa nak senyum kat jantan yang takberwawasan kan. Kang takpasal pasal .. haa.. -.-


you'll shine the most among the crowds


Kalau kau jalan kat supermarket ke mana mana pun. Korang sangat patut untuk senyum dekat sesapa je yang selisih dengan korang. Secara tak langsung, orang tu akan ada mood yang sangat baik pada hari itu. Bukan setakat tu je tapi kau pun akan rasa tenang and gembira dengan diri korang tau. Aku tak tipu. Lagipun, senyum tu kan sedekah. Tak salah pun kalau nak buat. Pahala pun bertambah tambah. Sape rasa cam baik tu, bagi lah salam sekali :) 


Aku sangat suka bila aku senyum dekat orang dan dibalas dengan senyuman jugak. Aku akan rasa gembira sangat++ Kalau orang tu taknak senyum kat aku, lantak dia lah. PMS kut. HAHAHAH. Nak senyum pun malas -.- Orang pun akan rasa sejuk mata memandang kau yang sentiasa dengan senyuman manis. Bukan senyum kambing, kerang busuk tu. Itu mintak pelempang sulung aku tu ! Orang pun akan fikir benda yang positif dekat kau and bila dia nak approach kau pun, dia tak kekok + dia akan cakap elok elok dengan korang. Serious doh.




Awww, so sweet doodle tu :) Kesimpulannya, jangan malas malas nak senyum. Kalau muram je nanti cepat tua ! Muka buruk ! bwek ! :P Rajin rajin lah senyum nanti muka comel macam Najiehah ! HAHAHAHAHAHA *femes kau nokk :D


ps : bak kata Justin Bibir 'U smile, I smile' ! bukan Ismail ye ! LOL
chiao bebeh ~


The Biggest Loser

Aku lah loser tu sebab aku menangis tengok cerita tu T_T  HAHAHA ! Serious doh. Aku rasa orang ramai patut tengok benda tu supaya ada determination mcm diorag untuk ubah diri diorang even tak kurus macam lidi. Bagi aku semua benda ni bermakna. Diorang buat untuk diri diorang, family and for those who care about them. Well, dengan nak menang duit tu la semestinya :) 


Semalam aku tengok part bila diorang jumpa family/kawan diorang lepas dah habis challenge tu. Terharu aku baii tengok diorang. Kepada yang kurus murus tu, jangan ingat kau dah kurus, kau dah takpaya kesah pasal semua benda ni. Ingat kau cantik sangat ah ? Hmm, kadang kadang tu memenglah mcm entahpape drama diorang tapi tolak tepi lah semua tu. Kita amik yang positif kay ?




I just love watching this show :) Kat sini lah jugak antara salah satu inspirasi aku supaya bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang, nak hargai semua benda. Tapi taksemestinya kalau nak kurus kena masuk show ni. Dekat rumah pun boleh buat jugak. Pergi lah gym ke apa. Usaha sendiri. Jangan la asik nak mengharap kat orang lain nak ubah diri kau sedangkan kau sendiri takbuat apa apa. So boys&girls, do watch this show. Makan makanan sihat and all that. Pandai pandai lah korang nak betulkan diri tu. Mintak nasihat doktor ke.


Mana tahu kau boleh jadi macam ni :









Trainers : Jillian&Bob


ps : you can do this guys ! :D go go ! get fit and healthy !
love yah





Friday 25 November 2011

Macaron ♥ :)

This is a contest *lucky draw !* btw, click this > Gadget Impianku :)
apa tunggu lagi ? hey ho let's go ! click click !
nak makan benda warna warni ni.


Macaron, make love with this :)


“Inilah masanya untuk merasai makanan paling sedap dari negara Perancis, makanan yang menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini di Malaysia, iaitu Macaron, Yanmieonline.com dengan berbesar hati ingin memberikan kepada 5 orang pemenang bertuah untuk merasai keenakan Macaron tersebut, tunggu apa lagi?, sertainya sekarang, secara tidak langsung membantu beliau untuk untuk mendapatkan gadget idamannya!!!!”


ps : saja mencuba nasib :) manala tahu kan ? 
Makanan free, siapa taknak ?! :D
nak buncitkan perut. hihihi  


K-pop Itu Mengarut Kah ?

Demmm, ramai gila gegurls suka laki poteh joget joget pakai seluar ketat :O
Kepada jejan meleis, rileks okay ? Lu jangan nak pakai seluar ketat jugak. Gua kasi sunat second time baru tau. Oh lupa, lu orang suka pakai seluar londeh nampak spender -.- 


Jangan risaaauu, gua bukan salah sorang daripada haters kpop ni. Aku saja nak cakap sebab ada orang dalam rumah sedang ber'KBS world' sekarang. puihh :)


menggila : lu orang nyanyi cam orang gila, ber'ilepiu ilepiu' kat orang korea tu macam dia nak kat lu aje. Diaorang kenal lu ke ? :P 

If This Was A Movie - Taylor Swift (Maddi Jane's Cover)



Love this babe :) so cute *like me* and talented *like me*
hikhik :P

ps : carilah kat youtube sendiri. Type 'Maddi Jane' in the search box ! 


Sebab Kenapa Kau Tak Kahwin Lagi

Penulisan harini aku tujukan khas buat seorang gadis sunti :)


KENAPA TAK KAHWIN LAGI NI ?


Antara sebabnya :


1. KUAT MERUNGUT


Ya, kuat merungut. Kau tahu tak kalau kau merungut 24jam tanpa henti untuk perkara paling kecil sekalipun boleh membuatkan aku rasa nak kasi penembak kat muka kau tu. Bukan aku pun, insyaAllah kau punya boypreng atau laki kau. Siapa tak bengang woi, sikit sikit nak merungut. Dahlah merungut, BUAT MUKA pulak tu ! Kalau cantik takpe gak. Ni macam @$#%@#$#!% je aku tengok -.- Patutlah, sampai sekarang kau tak kawin.


2. SUKA MERAJUK


Ohhhh, kau ingat kau merajuk, kau comel ? defak. Merajuk tu nak pulak buat muncung itik. Woi woi, aku boleh terima muncing itik SEBENAR. Tapi kau yang manusia nak buat mcmtu. Macam bangang lah kan ? Kau rasa laki kau nak ke tengok muka kau yang taksecomel mcm aku tu ? Seriouslah, laki kau taknak. Nak merajuk sikit sikit berpada pada lah bro. Jangan over. Orang menyampah tau. Takpasal pasal laki kau kawin lain. Suka ? Patutlah, sampai sekarang kau tak kawin.


3. PERASAN BAGUS


Semua benda nak ikut cakap kau. Lu ingat lu sape ? Kalau lu Jeniper Lopeh gua tak kesah. Masalah sekarang kau siapa ? hah ? Kamon laa.. Bila orang ada silap, tegur tu berhemah laa. Ni tak, pungpangpungpang kau cakap. Mana tak kena tampar ? Laki kau nanti konfem konfem ceraikan kau je. Takpun amik madu. Kan best. Kalau kau rasa benda tu cam simple then kau takpayah aa nak buat mcm benda tu boleh hancurkan hidup kau. Sikit sikit nak cakap ' woi engakau ! tu ini blablabla'. Bosan weh bosan. Sekali sekala takpe kay ? hmm. Patutlah, sampai sekarang kau tak kawin.


4. BODOH


Haaaa. Ni macam penyakit sikit. Ini bukan bodoh yang bodoh kau selalu cakap kat member kau tu. Ini memang bodoh original punya. Andaikan la kau bela binatang kat rumah. Sugar Glider lah kononnya. Then dia buang hajat dia atas laptop kau. Kau pulak maki hamun natang tu, merungut cam syal, buat muka bangang. WEH SIAL BODOHNYAAAAAAAAAAAAAAAAAA !!!!!!!!!! Siapa yang nak kawin dengan orang mcm kau. Menyesal laki kau sebab kawin dengan kau. Natang tu faham gak *gaya perli paling power + muka lima sen* apa kau carut dekat dia. Esok natang tu buat lagi. kihkihkih. Patutlah, sampai sekarang tak kawin lagi.


Hadoi, aku taktau apa nak jadi dengan kau ni. Lu jangan nak cakap macam mcam dengan apa gua tulis. Lu baca, lu senyap. Lu pikir la sendiri. Lu nak cakap tada jodoh ? Dah kau mcm tu, susah la nak ada jodoh. Lain la kau memang nak jadi anak dara tua. Malas aku nak cakap panjang sebab aku penat sekarang dan lapar. Jadi sampai sini jelah. Kalau ada sambungan nanti aku buatlah kat entri baru kay ?

ps : bila kau nak kawin woi ?


Jaja Kisah Cinta

tempat pertama saya nampak awak. tempat pertama awak senyum dekat saya. tempat pertama saya tersuka awak. tempat pertama saya tahu nama awak. tempat pertama saya tahu kelas awak. tempat pertama saya dengar suara awak. tempat pertama awak tegur saya. tempat pertama hati saya macam kena carik bila nampak awak yang tiap tiap kali mesti ada perempuan dekat sebelah -.- . tempat pertama saya rehat dengan awak. tempat pertama saya jatuh cinta dekat awak. 

tempat ketiga muhammad ......... cakap;
'.................. binti .........i, saya taknak tunggu sampai 20.11.2011. takut kalau lama lama saya akan hilang awak. saya janji akan jaga awak. awak sudi jadi teman wanita saya?' lepas tiga bulan bercinta. 

dan, tempat pertama ....... binti ...... cakap 'saya sudi :')' watpeace ♥

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*Kisah cinta tak teragung :) Serious aku tak pernah nak kisah kalau ada orang nak buat macam ni. kadang kadang meluat je sebab nak bagitau satu dunia. Aku rasa orang yang dah kawin ni pun takde lah nak over sangat and duhh.. dia dah kawin, tak heran sangat laa.


Seriously perkara perkara engarut mcm ni banyak bermula dari sekolah. Lebuh lebih lagi bila masuk sekolah menengah kan. Kalau dah U tu pun sama jugak lah. Blablabla. Aku terasa nak tulis pasal benda ni sebab aku rata takpatut pun korang nak bagitau semua orang pasal hubungan terlarang korang tu. Tak kisah la mak bapak korang tau ke tak. Ada aku kesah ?


It's just that.. Urrghhh. Mengarut tapi kalau kau nak buat jugak tu hal kau lah. Aku bukan ada dekat rumah kau, nak sebat kau bila kau hantar benda mcmtu kan ? Iyelahh, aku ni penyibuk sebenarnya.. Memanglah ! Aku menyibuk sebab aku rasa mcm entahpape ! Alahai, this is not the worse I've read -.- ada yang lain. Biarlah kau. Kalau aku celoteh banyak banyak pun takguna jugak !


ps : your brain is smaller than your ass.

Friday 18 November 2011

Jom Berkenalan Dengan Awek Facebook !

Sedang aku bertawar menawar harga baju and dah di reserved kan baju tu. Tiba tiba datang sorang minah ni pun nak jugak. Sebenarnya lepas aku beli tu ramai yang nak. Aku ni pembawa tuah ke ? Oh, mungkin :) but, it's mine okay. 


So minah ni nak jugak. Dia ada like statement apa entah. I clicked her profile and found this :


before add me make sure u READ THIS FIRST
*lbih kurng mcm terms and condition la.

♥ full name NUR AFFINA
♥ see the world at 6 JAN 1997
♥ single. klau nmpk aku buad rltionship dgn girl tk brmksud aku lesbo oke. except boy. yes! that my boyfie
...................................................................................................

spa yg add aku msti tau mcm mna aku ni dlu. untk mngelakkn korg nnti mnympah bla aku dh app korg.

~ once you are good with me, I will be well with you a thousand times. :)
so, spe yg add ak semata2 nk menganjingkn aku, baik tak pyh! sbb kau boleh anjing je. ak bolh jd setan!

~ dloo yes aku tk take note psl DP spe yg add aku, tp skrg aku dh mnitik beratkn hal nih! sbb sejak kebelakangan ini. rmay yg add aku pstu letak muka shaheizy sam la. selena gomez la. artis korea la. mcm2 haih. sume tue aku tk lyn! hnya yg letak muka dia shja yg akn ak app. nk kata aku sombong pegi mmpos kt tok chey kau!

~ i just love to speak english! doesnt like? go to your dad hell! bkn ap sblom2 nih rmay yg mngutuk aku ckp aku nie BAJET minah saleh. lgpun aku sllu speaking bagai pun.. certain time jea. jgn la nk menganjing aku sgt. =='

~ im a talkative. cube la try jdik kwn aku. confrm sllu dgr aku mrapu pnye. :) can be friend with boy or girl!

~ ketod. sepet. kembang. im not perfect like u. and im not as pretty as you! tp jgn sesekali nk judge ciptaan TUHAN ni.! nk kena middle finger try la!

~ Disgust impersonator, slanderer, and like to create antagonisms between people! mmg nk kna penyepak!

~ ad bestie! IFFAH ANURA . jgn sesekali kacau dia! nk msuk ICU try la. (tetiba ganas!) my friend 4 ever!

~ bole brcmpur dgn sume jnis org. korg alim kea, tak kea. drinker kea, ap2 jela korg punya pribadi, ak ttp bole kwn. :)) KWN BIAR BERIBU, JGN SMPY JD HNTU!
...................................................................................................

after add.

JANGAN NK GATAI TGN TEKN ADD AS FRIEND KLAU AKU DH REMOVE KAU

~ tgor lah aku. :)) jgn lah nk add aku smata2 nk bnykkn friendlist kau, pstoo nk mnujuk2 friendlist kau yg bnyk tuh! hei, x pyh la celaka! 

~ klau aku tgor korg, jgn ckp aku gtai! klo dh kwn dlm fb tp tank tgor mnegor. go hell!

~ n jgn rimas klo aku asyk nyibok like sttus kau. atau komen.

~ jgn trkjut klo tibe2 kau dh tk jd friend aku. itu brmksod kau dh buad slh! dn jgn try nk add skali lg! atau kau dh takn dpt nk tngok DP ak pun!

~ rjin2 la like pic, sttus aku. :) komen pun tkpe. INSYAALLAH. aku bls. aku bkn artis yg blagk nk bls komen pmint!
...................................................................................................
THATS IT. :) IM HAPPY IF ADD ME :D
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""





Panjang nak mampus kan ? Aku ingat nak letak gambar kasi hot sikit minah ni :) tapi takpelah aku cover sikit.



Aku tau sebenarnya ramai je yang buat macamni, tapi ni yang menarik. Aku letaklah. Kepada pengguna facebook, beware : im watching :) manalah tau korang punya profile terpilih ! :D tak untung gitu ?



pesanan : rasanya tak perlu buat macam tu kan ?


Online Shopping


 I GOT A NEW HOBBY AND ADDICTED !


Okay, aku sememangnya takpernah buat benda online shopping ni sebab aku rasa macam takperlu pun.

Since aku ni anak dara yang paling mak aku sayang, aku cam susah lah sikit nak keluar ngan member, tapi aku keluar jeee :P

Nak dijadikan cerita, aku reeaaallyyy like this one set garmet yang comel gila + boleh tahan harga dia sebab satu set weh ! Siap bagi 30% discount lagi.

Tapi aku buat cerita kesian sebab aku nak harga lagi murah ! HAHAHAHHAAHAAH :D

I'm working on it and it's a success !


ps : loving this new hobby <3 btw, insyaAllah i'll be moving to Shah Alam and i really want to clear my wardrobe !


note to Nurul Farahin : bila nak habis bulan Nov ni ?! 

Thursday 17 November 2011

Tuesday 15 November 2011

Somewhere Out There



I'll find a way to prove that you've done the biggest mistake in your life.
To show you that you're not worth my time.
I want to see you suffer from heartbreak.
You'll pay the price.


note : So now you know how it feels.

Saturday 12 November 2011

The One That Got Away - Katy Perry

Sometimes you promise someone forever but it doesn't work out that way.




Who's the one to blame to make those promises ?
The sweet promises that barely came true.

You actually thought that if you're gone,
the world would be better for everyone.

The fact is that you're suffocating the people that loves you,
the people that you left behind.

ps : I miss you and I don't know why I'm still blogging -.-

Sunday 6 November 2011

Rant On Lagu Cinta - Matluthfi

Okay, aku cakap last kan haritu, well. aku pun taktau lah.
Aku nak tulis jugak sebab benda ni menarik :)


rant on lagu cinta


by matluthfi90 *click click*



ps : suka bila dia ikut lagu alif satar. comel :D

November Nightmare !

Selamat tinggal blog !

Aku mungkin *bukan mungkin tapi memang pun* sibuk sepanjang bulan

dan takboleh nak post apape

Tapi jangan risau 

Lepas Nov, aku akan berblog puas puas !

Tunggu kepulangan aku ya sayang :)



peringatan : mimpi seram aku datang pada bulan November tahun ni sampai lah ke penghujung bulan.