Sunday, 18 November 2012

I do not care

Please do not make any promise with me if youre just going to break it. I certainly am not enjoying it. I would break your spine if I could.

Do not ever tell me to stay low. I am not your maid/slave/personal slut for you to say that. Fuhj your life.

May the odds be ever in your favor.

Good day.

Wednesday, 24 October 2012

Semerter break !

Hi !

Macam dah bersawang kan tempat ni. Takpe lah. Memandangkan aku dah cuti sekarang. Boleh lah aku nak mengarut kat sini.

So. Masuk balik bulan 12 nanti. Habis maybe dalam bulan 4 atau 5. Yeah. Macam tu jelah. Aku duduk rumah bukan buat apa pun.


Friday, 3 August 2012

Meet Bennet



This is a cinnamon hedgehog that actually belongs to my classmate, Syafiq. 

Since he's going back to Perak, I asked him if I could take care of it til Monday. He's more than happy to pass it to me. Yeaaayyyyyyyyyyyyy ! :D

So, now this little monster is here with me (next to my laptop, hiding himself under a pastel green face towel *spesifik tak ? :p) 

The first thing I did when we arrived home was forcing him to take his bath ! -_- He doesn't each much though, no matter what kind of food I gave him. Hmm. Curls himself most of the time, sleeping, hissing, curls again. Aiyyaaa -_-

His name is not really Bennet, I just gave him that name before I went to sleep. Oh, he slept on my bed last night. Untunglah..

I think that's just it ! I'm a happy girl :D weeeeeeeeee




Saturday, 28 July 2012

Good Time - Owl City & Carly Rae Jepsen





Woke up on the right side of the bed,
What's up with this Prince song inside my head?
Hands up if you're down to get down tonight,
Cuz it's always a good time.

Slept in all my clothes like I didn't care,
Hopped into a cab, take me anywhere.
I'm in if you're down to get down tonight,
Cuz it's always a good time.

Good morning and good night,
I wake up at twilight.
It's gonna be alright we don't even have to try,
It's always a good time.

Woah-oh-oh-oh Woah-oh-oh-oh
It's always a good time
Woah-oh-oh-oh Woah-oh-oh-oh
We don't even have to try, it's always a good time.

Feet down dropped my phone in the pool again,
Checked out of my room hit the ATM.
Let's hang out if you're down to get down tonight,
Cuz it's always a good time.

Good morning and good night,
I wake up at twilight.
It's gonna be alright we don't even have to try,
It's always a good time.







Woah-oh-oh-oh Woah-oh-oh-oh
It's always a good time
Woah-oh-oh-oh Woah-oh-oh-oh
We don't even have to try, it's always a good time.

Woah-oh-oh-oh Woah-oh-oh-oh
It's always a good time
Woah-oh-oh-oh Woah-oh-oh-oh
We don't even have to try, it's always a good time.

Doesn't matter when,
It's always a good time then.
Doesn't matter where,
It's always a good time there.

Doesn't matter when,
It's always a good time then.

It's always a good time!
Woah-oh-oh-oh Woah-oh-oh-oh
It's always a good time
Woah-oh-oh-oh Woah-oh-oh-oh
We don't even have to try, it's always a good time.

Woah-oh-oh-oh Woah-oh-oh-oh
It's always a good time
Woah-oh-oh-oh Woah-oh-oh-oh
We don't even have to try, it's always a good time. 






Counting days


Day 15 : 28/7/2012, 920pm

- Watching movies in my room, no books for tonite !
- y no unifi here ? i is so sad, cannot download download things faster oh :/
- 7th day of Ramadhan. Have a good day peeps.
- no, I don't watch running man, and don't make me -.-
- slept for long hours today, pening
- downloaded a few fonts for my microsoft W, weee !
- biology :O
- what am I typing ?
- why are you reading this ?
- you have just wasted 3mins of your time :p
- thank you hihihi





Test Week

Alahai, letih  kepala aku fikir pasal test ni, walaupun test. Dah macam apa je. Bila datang je tengok semua budak dah semangat gila nak mati study depan exam hall. Baca bagai nak rak, nak jalan pun susah, road block. Oh macam ni rupanya stress belajar setahun dekat asasi. 


Tak macam sekolah dulu. Habis test, ada muka kusam, senyum, macam macam lah. Frust segala bagai. Aku tahu test first ni aku lalaaaaaaaaai -_- sebab bila aku tak faham aku buat bodo je dan biarkan benda tu berlanjutan sampai test. Tang phy aku pasrah jelah, ada dua soalan kantoi tapi lantak ah. Harap Che Mad sayang baik hati nak selit selit markah kat jalan kira aku. Adoiiiii. Gila lah. 


Tapi entahlah. Bengong, aku dah buat latihan keluar sejibik tapi aku buat salah gak, hahah ! Lantak la ! Malas nak fikir. Aku ada test dua lepas raya. So, aku kena cover balik dekat situ walaupun aku tahu test dua lagi susah dari satu sebab yelah dah merapu bagai. Malas lah aku -_- ruginya lahai aku tak study dari awal *penyesalan melanda tiba tiba* 


Okay, tinggal bio je hari Rabu ni ! dan disebabkan aku study bajet terlebih, aku tak tdo and aku mengantuk sangat, habis test balik rumah, qada' tdo dr kul 11lebih sampai 4pm. Oh yeah, takpernah aku tdo lama macam tu.


bye !

Sunday, 22 July 2012

Static Idiot

I am standing in front of a stall at palam's ramadhan bazaar, staring at the fried mushroom for long hours *hours la sangat* but it was long enough for you to do your laundry hahaha :p The weird thing was, I Qd and was at the front but I said nothing. 


Everyone behind me didn't even bother to say 'Weh, cepatla beli' or 'Pehal kau cegat je kat sini, nak beli ke tak ?'. They eventually ignored my existence and just bought the friggin mouth-watering mushroom. Oh yeah. 


Til this one girl stood next to me and asked 'Kau, nak beli apa ?'. I was shocked *and it was very well expressed at the moment* bcs I don't know her. Told her what I want and she ordered it for me. 


Still confused with what was actually happening, I stood there, looking at her, blank -.- like what the heck is this ? Is she my housemate ? my classmate ? aku ni baru bangun tdo ke ? Oh sheep, serius blank gila apahal lembap sangat nak fikir masa tu.


I got my mushroom, paid and the girl left me. I know I should say thanks to her but I was soooo confused and blankblank, so I didn't -.- but she left me with a smile. I wanted to laugh on how stupid I was, standing, staring, doing nothing. I don't know. I just love everything that happened to me this evening (: 


ps : 2nd ramadhan

Friday, 6 July 2012

Sambal Belacan

ASSALAMMUALAIKUUUUMM ! AUUMM ! :D HAAAAI ! KRINDU GILA NAK MENAIP SEBAB TU AKU BER-CAPS NI. Entah berapa lama aku tak tulis kat sini. 


So, aku pun dah selamat daftar dan belajar kat PALAM ni selama berapa minggu ntah. Pelik. Kerja tak pernah berhenti mengalir macam air laut, hish saje tak nak bagi aku jadi malas tapi aku tido lama jugak hahaha !


Roommate :
Gadis sunti dari Kluang, Johor. Muka yang manis, suka bersolek dan ber-setail. Suka shopping tudung, sangat suka beli baju. Pantang sangat sebenarnya -.- Anak bongsu dari dua beradik, ada soraang abang. Oh, nama roommate aku Ain. Aku selalu tinggalkan roommate aku. Pernah seminggu aku tak tidur bilik. Sampai dia cakap kat kawan aku dia bosan. Hahaha kesian pulak Biarlah, aku tak balik pun ada sebab tapi bukan aku gaduh dengan dia pun. Lepas ni kau ngadap muka aku tiap tiap hari okay, Ain ! :D


Housemate :
Rumah yang mempunya 4 bilik dengan 8 orang penghuni. Aku dengan Ain bilik A. Bilik B : Aisyah + Akma. Bilik C : Szana + Awin. Bilik D : Qeha + Ika. Semua baik baik je. Takde yang pelik. Disebabkan aku ni jarang ada kat rumah buat masa ni. Jadi aku tak tahu sangat apa yang jadi. 


Classmate :
9 orang lelaki, 22 orang perempuan. Semua cool lagi awesome. Hahaha. Aku jadi lone ranger dalam kelas dalam awal minggu. Tak bercakap, tak apa, buat hal sendiri, jalan sendiri. Dilemma. Puihh hahahah. Lama lama, baru aku mula nak borak borak. Lepastu ada budak perempuan tu kata, 'Eh, bising jugak eh kau ni rupanya ?' Weeee. Apa ingat aku ni pendiam ke. Nasib belum pernah tengok aku naik gila lagi. 


Stalker :
Yakni merujuk kepada diri aku sendiri, Hahahahah. Aku masih ada masa nak stalk manusia kat palam ni okay sebab bosan nak mampus. Kat tengah hutan atas bukit, nasib baik tempat ni lawo. Aku stalk lah macam macam manusia kat sini, sampai bila sampai tang gossip. Orang kata aku ni uptodate, hahaha tapi aku stalk orang yang hot je. Heheheh


Foods :
LAYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAN


Lecturers :
Ada yang style ada yang kurang style. Bukanlah style gaya pakai baju ke hape. Tapi cara dia explain. Kadang tu ada yang habis ejam awal. Macam lagi baik aku tak datang lecture je -.- sebab macam, k baca slide je. Aku pun boleh jugak buat mcmtu. Tapi, aku terima semua yang ajar aku kat sini.


Buildings :
Fakulti Farmasi, PSB segala bangunan yang ada kat tempat ni memang style. Yelah, tempat baru lah jugak walaupan tak lah baru mana. Tapi serius kawasan dia besar gilaaaaaaaaa ! And letih sebab jauh nak jalan jalan and tangga tinggi gila. Selama ni selalunya panas je kat sini, maka satu hari ni hujan petang, aku pun amik kesempatan mandi hijan dan bila sampai blok depan lif aku dah basah kuyup sampai menitik air hujan tu, HAHAHA. K best la. Lagipun tempat ni masih belum habis diterokai, bangunan ada yang otw nak buat dan masih lagi ada dalam perancangan unuk ditambah.



ps : banyak lagi sebenarnya aku nak taip tapi aku dah malas nak taip pape, hihi and oh tajuk ni sambal belacan sebaaaaaaaabb.. hihihi :p





















Wednesday, 30 May 2012

Wednesday : JPJ

Haaaaii, harini aku ada test jpj. SEPATUTNYA lah kan, aku failed both part II and III. But part III aku dapat pegawai yang super duper the baiks gilaa, hahahaha. Serius okay. Sebab aku gelabah ayam kalah mokcik Shabet :p


Tang bukit aku failed sebab terlebih minyak HAHAHAHAHAHAHAH, kereta yang aku dapat pulak macam pelik je rasa. Tempat duduk lebih rendah dari biasa menyebabkan aku memang tak nampak apa kat depan -_- 


Overall, aku tak salahkan kereta tu pun. Memang aku yang terlebih press :p Sooo, its okaaayyy, im coooll ! :p failed pun layaanz jelah. Yang penting kena cari tarikh nak ganti, sebab nak sambung and lesen dah nak expired and blablabla. Too many things to worry about :O


Emm, sebenarnya panjang cerita masa part III, on the road. Seram, insaf, terharu, semua ada :)




ps : I failed okay ? Puas -_- but part II only, bweekk :p





Saturday, 26 May 2012

I'm Busy ?

Lai laii ~ 


Isnin-Selasa  - driving lesson yang tak habis habis
Rabu            - jpj
Khamis         - kemas segala jadah barang
Jumaat         - standby barang semua
Sabtu           - daftar !




yeaaay, bosannya lahai T_T sekarang barang semua tak cukup lagi grrr

Friday, 25 May 2012

Friday : Act Of Kindness

Hi y'all, like berapa kali je aku taip untuk bulan ni kan ? Hahaha, been very busy lately nak uruskan letters and else. Wow, english berterabur. Sekarang otak aku tengah beku, sakit gila ! Mungkin sebab tak menghadap buku lagi dah. So sad :( Aku tak tahu apa aku nak buat bila sambung nanti, I have ZERO in my head ! Takut tahu ! 


Nak daftar, semua benda kena ada, cukup and blabla, duit melayang pun banyak -.- and much thanks to my mom sebab banyak sangat dia dah tolong. Walaupun dia suka membebel bebel like all day long on the same thing sampai dah boleh hafal skrip dia, she helped me a lot ! Thanks ibuuuu :) and to my dad too sebab banyak buang duit . Beli cermin mata baru sebab yang lama hilang, dua hari kemuadian baru jumpa HAHAHAHAHAH. Takprlah, boleh jadi spare :p


So, aku tengah miskin dengan baju lengan panjng, blouse etc. My closet memag penuh dengan baju lengan pendek and whatever. Maka, I kena keluar duit. Lagi. Not cool. Everything is halfaway done, the only thing left is to pack my clothes and foood ! Surat semua dah settle dengan cop setem hasil bagai. Speaking of setem hasil. Here's a short story with a moral value.


Today, my mom and I dengan sorang akak kerani ni teman kitorang pergi pejabat pos beli setem. Since we're new here, memang jalan pun tak tahu apa lah kan ? Dah pergi beli setem, we went to the pejabat lembaga hasil apa entah tu. WE HAVE NO IDEA bila guard to suruh amik borang pds1 KUT, kalau tak silap. Then, cari contoh mcm mana nak isi. Tapi still tak faham ! HHAHAHAHA. Kebetulan there's this abang standing next to me. Baju oren.


He told me to write my name, add, sender, date, sign etc. And our number was 159. Abang tu punya 155. Habis aku isi borang, dia amik borang aku letak bawah borang dia. I was like 'WOI, APAHAL NI ?' but dalam hati jela ._. dia kata, takpe nanti pergi sekali. Waah, so nice ah ? Mak aku penat nak berdiri, dia nak duduk tapi suruh aku tunggu dengan abang tu takut dia bawak lari pulak. HAHAHAH.


A few mins later, my mom datang bawak nombor baru 145. Amik kau, terus kena panggil ! Takpayah tunggu kitorang pun pergi kaunter and cop blablabla. Siap ! Kitorang punya borang settle awal sbb dah bayar but abang tu belum lagi. Dia pergi kaunter sebelah. Thanks to him and the stranger who gave my mom that 145 :) Kejap je ! 


Motif of the story here, rezeki kitorang macam mencurah curah harini. Alhamdulillah, it's Friday ! :D Macam seronok sangat and my mom macam happy tak terkata ! Yeaaah :) Happy happy day eyhh.


----------------------------------------------------------------------


1- I really love random act of kindness from strangers. Damn, baru aku tahu kenapa aku macam lembap sekarang ._. my dad stopped subscribing to Reader's Digest ! Patut lah rasa pelik je !! Kalau tak, tiap tiap bulan aku koyakkan plastik dia :( 


2- Banyakkan solat sunat Dhuha, it really helps. Terbuka luas pintu rezeki tu tau. And the rezeki is not only in the form of $$ but this ! (the short story) like everything macam smooth je. Best yaww ! :D


3- I LOVE MY MOM AND MY DAD and I know you guys feel the same way too ! :) There's just too many to type bout this ! sampai taktahu nak taip mana dulu, hihihi.


4- Thanks for reading this, I love you too. Have a great day, may Allah bless you <3


           ----------------------------------------------------------------------


ps : good morning and night :)





Wednesday, 16 May 2012

Thanks :)

Assalamualaikum, hai !


Dua Jun ni aku pergi daftar dekat Puncak Alam, yeaah. Sekejapnya nak belajar balik. Well, that's not my point.


Ada satu hari ni aku online sampai lewat pagi (macam sekarang) and aku macam tak sangka kawan aku yang sorang ni chat dengan aku, dia perasan aku on sebab aku like gambar dia. Aku sentiasa offline dekat IM sebab malas nak meng-appearkan diri. Aku baru add dia dalam 2-3 hari, budak kelas lain. 


Aku suka tengok dia sebab dia baik, lembut etc. Lepastu dia tanya result spm aku, dekat mana aku dapat semua tu. Aku jawablah. Aku tanya dia pulak dapat mana, dia bagitahu. Dia cakap dekat aku dia nak jadi doktor tapi dia tahu kemampuan dia sampai mana. Aku macam senyap jelah, tak tahu nak cakap apa. 


Dah cakap pasal tu, tiba tiba dia tanya. Macam mana nak jadi macam orang lain, macam aku. Boleh cakap depan orang, buat itu ini. Aku rasa sangat pelik sebab aku rasa aku meghoyan je lebih -_- and selama aku perhatikan dia, aku selalu nak jadi macam dia. So aku cakap la aku segan sangat dengan dia sebab dia macam baik semua tu tapi dia cakap kawan dia kata dia lurus and lembut sangat (memang lembut pun). 


Entah kenapa aku memang suka tengok dia dari dulu lagi. Kitorang berborak panjang cakap pasal hidup masing masing. Bila da nak off dia suruh aku bagitahu dia hidup aku macam mana lepasni, I asked her to do the same too :) Sebelum dia off, dia suruh aku tunggu. Dia nak bagi aku something. Aku pun tunggu je lah. And lama jugak kut aku tunggu. Lepastu dia reply.


Aku sedih dan terharu sebenarnya, sebab dia ada hantar doa and my name is in it. Aku macam tak tahu nak cakap apa. Sebab sebelum ni aku rasa takde sorang pun pernah hantar benda macamtu dekat aku. Inikan pulak yang hantar tu orang yang aku jarang sekali nak berbual. Bila jumpa je lah borak borak. Aku  terfikir jugak, ramai lagi ke orang macamni yang hidup atas muka bumi ni ? Aku tak kisah dia kata nak berubah tapi aku berharap sangat dia kekalkan sifat + perangai dia yang aku suka.


IM TOUCHED ! First time, dapat benda macam tu and rasa macam aku ni hina yang teramat sangat and macam tak layak nak kawan dengan dia sebab aku jahat -.- Aku nak tunjuk apa yang dia hantar tapi aku dah deactivate FB account aku. Jadi, macam mana nak amik kan ?




ps : I want pizza ! :O






Friday, 4 May 2012

Kerana Seekor Ayam

Hi, emm. Pelik. Aku ada kawan degan budak lelaki ni.. Dia kawan sekolah rendah aku. Dia add au kat Facebook and aku rasa pelik. Aku still ada rasa takut even benda ni dah 11tahun berlalu. Lama kan ? Mungkin dia tak ingat. Tapi aku ingat sebab aku bengang sangat. 


Aku ni masa sekolah rendah sangatlah disayangi ramai. And ada satu hari masa kelas Bahasa Melayu, tahun 2001. Cikgu aku suruh semua orang lukis seekor ayam dekat kertas warna coklat tu *kitar semula kut ? Entahlah. 


Then, budak laki ni pergi tempat aku and dia mintak aku lukiskan untuk dia tapi aku taknak. Sebab aku tengah sibuk mewarnakan ayam aku. HAHAHA.


Dia paksa paksa and aku taksuka, jadi aku buat taktahu bila dia cakap dengan aku. Sekali dia pergi gigit bahu aku ! Macam !#%@&%$^&(^(&^ jeee. Nak mencarut pun ada jugak sekarang ni. 


Sudahlah tak mintak maaf. Benci betul aku. Sekarang, bila dia upload gambar, update status. Aku rasa kurang senang and macam nak unfriend dia balik tapi buat masa sekarang, aku biarkan jelah dulu. 


Mamat ni pulak bajet romeo masa sekolah rendah. Menyampoh -.-






ps : kbye 







Wednesday, 2 May 2012

HON HON ?

Assalamualaikum manusia aneh sekalian, ya taju ni sangat pelik.


Hon ni singkatan kepada honey. Honey is madu. Madu from bunga. HAHAHAH. K, ni buakan apa aku nak cakap. Sebenarnya ni hon kereta yang manusia yang takde otak suka ain tekan tekan tanpa sebab. 


Aku benci betul orang tekan tekan hon kat kawqasan perumahan sebab aku ni jenis cepat panik ! Aku panik bia orang hon, aku cepat  gelabah, aku macam blurr, aku takut ! So aku benci bila ada manusia yang tak reti nak guna mulut dia panggil nama kat depan rumah. Nak aku gunting mulut tu ?


Haish, sebab masalah aku ni, aku benci sebab aku sekarang sepanjang cuti aku hidup dengan hon, aku kena dengar aku kena tengok siapa sebab kalau tak aku yang terlepas pandang orang poslaju or cikgu yg ajar aku drive tu. Aku ni pulak suka tangguh kerja. So aku panik ! Aku rasa macam ada orang nak paksa paksa aku suruh cepat macam .. macam .. entah lah -.-


I mean, aku tak faham ! Jiran jiran aku semua suka main hon hon depan rumah ! Function ? Takde mulut ? Depan rumah je pun derr -.- Bengang lah aku. Apa lah yang maas sangat nak keluar kereta tu. GRRR -.-







Monday, 30 April 2012

1st May !

So, bulan Mei ni memang banyak benda yang jadi, so.. Ill try to update this blog more often :p bukan azam lah kan ? Sebab semenangnya ada banyak benda nak tulis tapi malas. Selamat hari pekerja ? I guess. Since, blog pun dah tukar rupa, aku jadi kekok jap nak menulis sebab rasa pelik and terkial kial nak cari apa yang nak kena tekan, choii~


So, watch this !




Well abviously dia banyak cakap benda tak elok sebab tu memang cara dia bercakap. I guess ? But aku tak dapat nak tahan gelak bila dia 'YES I AM EXPERIENCING LIFE ! I AM STARING AT A SQUIRREL INSTEAD OF GOING TO CLASS' OMG, seriously ? hahahaha. Macam entah apa apa je. So dia memang ayat taaaaak sopan and dia cakap macam kereta api, you gotta catch up with him yo ! Weee.

And yeah, my mom's like that too. Suruh buat itu ini banyak cepat so aku akan cakap, 'I have 2 hands !' Duhh ?

Aku pun suka jugak replay part dia tenung tupai banyak kali sebab entah macam kelakar ! Hehehehe. So, watch his videos or don't watch his videos ! :)
Byeee ! Goodnight/morning peeps :)



ps : he's gay ? idk :) but loveee the hair,bro. Lovee the hair






Saturday, 21 April 2012

HAPPY BIRTHDAY NURUL FARAHIN !

Assalamualaikum, selamat pagi ! 


Aku tahu korang semua tengah membuta lagi, takpelah. Well, semalam hari kahir Nurul Farahin tapi aku baru wish harini sebab aku memang kawan yang teruk :) 


Aku kenal Farahin masa form 2 sebab dia baru pindah sekolah, orangnya cun melecuns ! Mata sepet macam apek jual sayur tu, kihkihkih. Kawan kawan selalu panggil dia Ara je tapi bila aku panggil Farahin, semua macam 'Farahin ?'. Duhh, orang yanga sama kan ?


Farahin ni orangnya baik hati (seriously). Dia suka tolong orang walaupun benda tu menyusahkan dia. Susah tahu tak nak cari orang macam ni ._. Si sepet ni peramah, so kalau korang nak add dia kat Facebok ke, jangan malu jangan segan, dia peramah. Tapi kalau kau nak cakap benda pelik pelik, memang kau kena lempang jelah kan.


So peeps, feel free (tak, aku PAKSA sebenarnya) to follow her blog ! Farahin Sepet . HAHAHAHA, sorry araa :) Kalau korang suka tengok gambar cantik cantik, pergi lah blog dia sebab tuan punya blog tu dah memang cantik pun ;)


So, belum terlambat nak wish dia 'HAPPY BIRTHDAY PRETTY LADY ! :*' So apa lagi, PERGI PERGI WISH DIA CEPAT ! Send her your warm wishes, send her some loveee ! :D




Happy Sweet 18, Farahin :)









Friday, 20 April 2012









Perlukan masa untuk tulis balik. Sebab sekarang tengah mood malas melampau :)

























Tuesday, 10 April 2012

Friday, 6 April 2012

Nama Pun Mengarot






Kalau handsome takpe jugak derr. Hish, nama pun mengarot, komen pun entahpape 
-_-





ps : ternampak komen ni terus screencap ! :D





Wednesday, 4 April 2012



Gadis : hari ni sy akan jalani pembedahan jantung .

Jejaka : sy taw :') I love you .

Gadis : I love you too .♥

(Bile sedar dari pembedahan , gadis tengok jejaka takde . Tp ayah die je yg ade)

Gadis : mane bf sy ayah ?

Ayah : Siti taw tak sape dermakan jantung untuk siti ? :(

Gadis : apaaaaa ? ( Terus menangis ) T_T

Ayah : hehe takde la . Ayah melawak je . Die pegi tandas ;D




*buat lawak pulak bapaknya ya ?









Hot Chelle Rae - Honestly




kecomelan la derrr




Friday, 30 March 2012

Lights Off !












MOTIF AKU SEBENARNYA NAK TUNJUK EARTH HOUR DEKAT YOUTUBE JE :D


Tapi, ter-screen cap banyak pulak, hahahaha ! Patutnya yg first dengan last je. Heeee, sengaja :D





Haaaa ?

HAHAHAHAHA, you make me smile time maghrib maghrib macam ni ya ! :)


Ohmaisheep, you just dont know how hard I laughed ! Ya Allah, please forgive me :) Saya cuma nak cakap, saya ni jahat dan ada kemampuan berfikir. Alhamdulillah. Jadi, jangan cuba buat lawak sengal dengan saya ya :)







Thursday, 29 March 2012

Rezeki aku bukan kat situ, bukan macamtu. Sabar

Keputusan SPM Si Kosong

K, tajuk ni takde kena mengena dengan lagu Najwa Latif tu. Harap Maklum. Sebenarnya takde kaitan pun dengan apa yang aku nak tulis ni.


Okay okay. Sekarang musim SPM bagi pelajar lepasan sekolah macam aku. And hot hot topic ni ada lah pasal keputusan spm dan makpak kitorang ni. Makpak masing masing mestilah lain lain kan ? Mana ada yang sama. Cara makpak si A ni lembut, si B garang sikit, si C keluar rotan. See ? Mana ada yang sama.


Macam tu jugak dengan penerimaan certain parents dengan result spm yang diorang dapat. Macam biasa bin normal, ramai akan menangis bila amik result. Histeria bagai, lol. Situasi ni boleh dibanding kan dengan dua keadaan.


Dua orang pelajar dengan result yang sama tapi cara parents terima lain lain. Ada yang kata, ni dah cukup bagus dan ada yang mcm,'Oh, ni je'. You know, the first word that I got from my mom was 'alaaaa'. Aku macam TERKEJUT NAK MAMPUS sebab bagi aku result aku tu teruk sangat bila dia cakap macamtu. ILOVEMYMOMINFINITELY and aku bukan nak burukkan dia or whatever. TAKLANGSUNG ! SO KAU JANGAN NAK PANDAI PANDAI CAKAP BUKAN BUKAN PASAL PARENTS AKU ! Kang ada yang makan kaki zirafah japlagi -_-


And bila dia tanya result orang lain. She starts comparing me with others :/ Sedih tau. Aku macam tak boleh nak handle, takreti ! Sebab benda ni jadi masa pmr aku jugak. Nampak sangat aku ni macam anak tak guna -.- sudahlah pemalas, tak straight As pula tu. Aku bengang gila. Tak tahu nak bengang dengan siapa, diri aku ke, result aku. Takde sape yang bangga dengan result aku kecuali diri aku -.- So sad, I knoww.


Masa aku dapat result tu, aku macam exciteedddd. WAAHHH :D omaifishomaifish ! Comelnya result. And aku memang dah agak ada B sebab aku memang target pun tapi tersasar sikit sebab aku ingat Sejarah aku yang B -.- not cool. Takpelah, dah lepas dah pun :)


Kesimpulannya, reaksi makpak ni sangat penting dalam merangsang semangat anak anak. Nasib baik ayah aku puji aku lebih sikit :p kuranglah perit di hatiku. MUAHAHAHAHAHA :D 


To makpak(s),

Please. Kami tahu kamu semua nak result yang terbaik dari kami, kami pun nak straight As jugak, tapi kami memang betul betul dah buat yang terbaik dan Allah tentukan result kami lain lain. Iyelah makpak, kalau semua straight As, memang payah la semua syarikat kami apply sebab semua layak layak belaka :D Orang tu pun dah terkebil taktahu nak pilih mana. Jadi, terima kami seadanya. Terima kasih.



Tak apa lah, mungkin result sekarang ni biasa biasa, tapi kat U nanti semua ada rezeki masing masing, kejayaan masing masing. Yang penting usaha lebih ! :) Kepada yang rasa dengan result spm tu macam dah musnah masa depan. tu kau je yang menggedik. Padahal takpun, jangan malas cari peluang. Belajar rajin rajin.


Yelaaa aku tahu ! aku tahu ! Mesti ada yang cakap, 'Alaa, kau cakap je lebih. Kau mana tahu apa rasa dia dapat result macamni !' Kfooiiinnneeee -_- Sukati korang la nak cakap apa, tapi ingat. Tolong lah ingat. Ada yang lagi teruk daripada tu, datang daripada family yang susah. Apa yang perlu kita buat sekarang ialah bersyukur. 


Yang baik tu pasti datang, cuma.. Allah nak kasi surprise kat kita ! :D Never give up on Him, never. Dia nak uji kita sekarang ni, kita terima ke tak, kita redha ke tak. Cuma, gua mau kasi ingat sikit, kalau dah tahu kita ni biasa biasa, jangan lah menjebakkan diri dalam benda yang tak memberi manfaat kat kita. Lupakan. Buat benda lain, benda yang boleh buat diri kau and makpak kau bangga. Setakat duk depan lappy tengok Fb. Memang tak kan jadi pape -.-




And this one is for my ps : copy paste dari kawan kelas :)

aku harap kau redha dan istiqamah , Setiap org di uji, sama ada uji dgn benda baik atau benda buruk, yang baik tak semestinya baik, yg buruk tak semestinya buruk, Kita hndk sesuatu yg kita hajati tetapi tidk kesampaian, ttp ni kata ustaz aku, kita tak dpt benda yg kita hajati bukan bermakna , Allah tak sayang kita, tetapi itu menunjukan Allah kasih kepada kita, Allah nak bagi benda yg lebih baik kepada kita, aku tipu lah ckp kalau tak kecewa dgn result aku, tapi sampai bila kita nak kecewa, Org hanya bagi simpati pada saat saat awal je sehari dua hari, nanti buat buat lupa . Tak pa aini , masa asasi dgn matriks , kau study hard gila gila..insyallah mungkin rezeki kau masa kat Uni nanti.



Wednesday, 28 March 2012

MY GENERASI




K, sememangnya video ni comel and yeaah ! Sekolah rendah dulu memang stok stok tukar biodata tak kira la laki ke perempuan. Yang tak tahan bawak beg besar. K, aku terasa, hahahah. Sebab beg aku lagi besar dari aku -_- Ni semua sebab gedik sangat nak beg Powerpuff Girls tu. Hahahahaha. K, aku memang comel. Aku sejak siapa entah ajar aku sebut k-k ni. 

Seronok laa, sekolah rendah. Bila tak siap kerja semua dah cuak macam ada dalam kandang harimau. Kena duduk luar, takpun kena pergi kelas lain and cakap 'Saya tak siap kerja sekolah' Hahahaha. Aku pernah kena :p Takpun cikgu suruh siapkan kat luar kelas.

Dunia waktu kecik kecik memang la seronok, bertepuk tampar sesuka hati. Siap ada yang bagi flying kick lagi, hahahaha. K, memang lawak bila ingat balik. Aku pengawas dari Darjah 3 eh ? Entahla, tapi awal awal aku jadi pengawas sebab aku anak cikgu. Kononnya aku berwibawa lah ? -_- 

Kau tahu, aku ni sudahlah pendek lagi comel. Boleh pulak cikgu bantai kasi aku jaga kelas budak Darjah 6. Waklu, kecik kemetot aku ni kena jaga manusia yang besar alam -_- Not cool. Aku ni sudahlah jenis penakut nak bercakap, tapi sekali aku pegang pembaris panjang cikgu tu. Yeah, pembaris yang orang buat ukur kain by meter tu. Aku rasa macam aku la paling berkuasa ! Muahahahahahaha ! :D Budak pendek tak sedar diri.

Haaa, yang paling aku rasa malu gila waktu aku kena jaga abang abang kakak kakak Darjah 6 yang kelas nakal nakal tu. Sabo jelaa weeyyhhhh ! Sebab waktu tu, cikgu mesyuarat, kena la jaga. Baru aku nak sampai kat kelas tingkat 3 tu , budak laki kelas tu dah kunci pintu kelas ! Demyu =..= Aku macam, 'Bukak la pintu !' HAAHHAHAHAHAHA. Dengan pendeknya lagi kan :D So, kakak dalam kelas tu banyak yang baik, so diorang la yang tolong bukak pintu.

Pasal permainan, semua orang dah tahu lah kan, main pemadam, penutup botol, yang getah tu paling famous, hahahah. Best. Lompat tikus. Hmm, apa lagi apa lagi ? Haih, macam macam laaa ! :) Seronok bila tamat sekolah rendah pastu sambung sekolah menengah, habis form 5. Jumpa kawan sekolah rendah balik ! Wow, semua lain lain dah :D Makin kurus, kembang, tinggi, rendah, clean, jerawat, korea, hahahaha. Macam macam ! Semua pandai pandai. Tapi tak sempat nak jumpa semua orang. Sekarang semua sibuk dengan apa benda lepas result spm keluar. Nak plan masa depan gamaknya, lol :p

Muka kecik kecik semua sakai sakai ayam je, ahahhaha. Nak je aku upload gambar masa skolah rendah tapi takpe ah. Comel sangat ! XD Muahahahaha. Huiyoo, k aku teringat masa taska tiba tiba kan ? Aku punya anak tudung tu sampai tutup mata weehhh ! STYLE :D Aku ada gambar tu lagi bila tengok memang sakai wooh. Mata tak jumpa pun, kahkahkah ! Tu tahun 90-an lah kan. Hadiah last aku bagi kat cikgu tu tudung, aku still ingat lagi muka cikgu tu sampai sekarang. Sebab cikgu taska ada dua orang je. Cikgu tu cantik. Rindu lah.







ps : tu bukan sekolah aku pun :)





Tuesday, 27 March 2012

K, Apa Apa Je

HAAAAA, saya tak suka la post pasal benda mintak simpati je. Rasa macam nak lempang je screen lappy ni -_-


Sebenarnya aku sangat suka bila aku nak balas mesej lepastu orang tu off phone. K, lain kali jangan hantar je senang. Grrr. Apa la masalah. Kalau memang ada masalah pun, rasanya tak payah kut nak off. Buat aku rasa macam nak makan kepala orang lagi ada laa. 


K, lama dah tak tulis. Hm. Sedih. Scholar semua nak A dengan A+. Ni semua gara gara bio aku yang sangat membantutkan hasrat belajar aku. Kurang ajar. K, tak. Aku bersyukur je tapi susah sangat -_- mengada.


So, aku apply jela asasi. Dapat ke tak, lain cerita. Mana mana kena campak pun aku pergi je. Yang penting, aku kena lagi rajin belajar lepas ni. Aku tahu aku ni pandai, muahahahahah. K, perasan. Tapi sebab aku ni suka tangguh kerja and pemalas kuasa lima. Memang susah la kan ? Haih.


Sedang pula menunggu keputusan upu keluar, aku tengah tunggu lesen kereta. Tapi masalah nya, lesen L nak keluar tu lembap gila nak mampus, weh siput pun jalan 10 kali ganda laju tahu tak ! Dia cakap 2minggu siap tapi dah sebulan tunggu tak siap lagi ! Pastu parents aku salahkan aku sebab pemalas sangat nak sambung.


Grr, kan bila aku dah call tanya, aku pun ngadu aa kat mak aku cakap lesen tak siap lagi, mak aku pun ngamuk. WALAWEHHH LEMBAP WOII. Bila nak siap ? Tunggu aku blah dulu baru nak siap ? Haa, tu la. Hantar aku lagi kat tempat orang ************************ kan dah lambat ! Membazir duit bin masa je ! K, aku bosan.



Thursday, 22 March 2012

Thank You

Sejak aku dapat result, sedih sebab tak la teruk mana and tak la baik mana. Tapi bila fikir course yang aku nak amik dengan result, macam lain je aku tengok. Semalam serabut kepala otak aku. Semalam jugak, abang aku cakap dengan aku benda yang aku tak pernah ingat. Aku kan pentingkan diri sendiri..


awak ingat, ada orang yg lagi susah dari awak, nk ubah hidup keluarga dia tapi dia tak dapat result baik macam awak, ingat Allah nak uji awak, dia ada jalan lain nak bagi awak amik medic.


Abang aku ada cakap banyak lagi tapi tu je yang buat aku terfikir balik. Yeah, aku nak sangat Medic tapi Bio aku pun B+ apa cerita kan ? Hahaha, tapi takpelah. Mungkin ada rancangan lain yang boleh aku buat untuk tebus balik keputusan SPM aku, harapan makpak aku.

So yeah. Ayah aku pun ada cakap..


Bersyukur je dengan apa yang kamu dapat. Kamu dah buat yang terbaik tapi Allah nak bagi macamtu, kita redha. Ayah bersyukur je dengan result yang kamu dapat. Dapat teruk pun bagitahu je. Yang penting, course yang kamu nak amik tu bagus. Bila degree nanti orang tak tanya berapa A dah. Dia tanya amik course apa.






Tuesday, 20 March 2012

Maher Zain - Number One For Me



I just realized that I smiled for 6:21 ! :D
This is soooo cuuteee !!



Kuyus

Hai tawan tawan ~ *ergh, annoying sebenarnya.


Hahaha, aku bukan nak kata apa, aku tengah lah online Facebook jap tau, tiba tiba kat tepi tu aku nampak macam ada orang like photo siapa entah. Bila aku tekan je. Like 'WHOOOOOOAAAAAAAAHHHHHHH'. Gila lah babe, syeksyinya awwwookkkkk ! Lemah iman saya tengok :3 


Awak pakai baju leopard print tu~ sleeveless lagi uolls~ pergh, amik gambar dari sudut atas, macam zaman Myspace gitu :) Waahh, encem laa awok ni. Suka kitew tengok tau. Hadoiii ~ jadah harem ni weeiiii ! Malu tau tak aku tengok -_-


Kalau aku jadi dia kan, takkan pernah aku tunjuk muka ku itu, bukan apa. Yelah, orang lain like la semua gambar hang nak tunjuk support la kunun kunun kan. Tapi macam, SEKSINYAAA ! Sakit mata kucing aku :(


Awak kan, nak pakai baju seksi pun, pastikan badan awak molek, takpayoh tunjuk muka, kalau boleh takpayah laa nak tayang badan. Sedih I tau, sobs sobs. Sebenarnya, ramai je yang pakai seksi kuasa dua ni tapi apakan daya, aku sendiri tak berani tegur. Ingat sendiri saja laa.


Tak kira muka kau cantik ke tak cantik, kurus ke besar, Macm seksi sangat ! Kalau boleh nak tunjuk semua kan ? Tapi kau pun waras lagi. Sebab kau pun tahu, nak tarik perhatian kau pakai seksi seksi, tapi kalau kau tak pakai pape, orang lain ingat gila. HAHAHAHA. Okay ^^


Tapi, aku rasa agi sweet kalau member sendiri yang tegur. Maca ada sorang buak ni, aku rapat dengan dia masa sekolah rendah. And dekat group tu, tiba tiba ada sorang kawan laki kitorang ni tegur dia. Cara did pun bukan direct but yeah, rasa macam seronok sebab kita tahu ada orang yang amik berat :)






ps : Kurangkan keseksian mu yaa, mata orang memang laa sedap tengok. Dua dua pihak dapat saham free :D



Monday, 12 March 2012

Please And Thank You





Haaa, sekarang aku duk masa lebih dengan 2nd Facebook aku sebab seronok and semua orang kecoh kecoh. Jadi, taklah bosan. Duk itu ini, trauma laa, isu panas semua. Hahah, best. So macam biasa, mestilah ada group kan ? Memandang kan tak ramai manusia muda remaja lagi comel macam aku *ada tapi golongan minoriti* dan aku pulak tak bekerjaya macam kawan aku yang lain. 


Dekat satu group ni tempat yang kebanyakan orang lepak, admin nya sudah keluar sebab tak tahan dengan isu copyright dan lain lain, semua berdebat, huru hara dan kotirang yang lain hanya mampu jadi silent reader dan meluahkan rasa seram dekat group lagi satu *closed group hanya yang dikenali sahaja, dalam 40+ orang je. Jadi aku yang selalu online ni kena lah tolong itu ini, edit sana sini, orang mintak tolong dan aku tak kesah nak tolong.







Tapi sangatlah tidak sopan bila dah minta tolong tapi tak cakap TERIMA KASIH atau seumpama dengannya. Diingatkan supaya orang ramai bila nak suruh orang lain tolong cakap TOLONG, lepastu bagi muka tu manis manis, kalau hang buat muka itik, memang aku hempuk muka hang dengan kamus. Lepas ada orang tolong cakap thanks ke apa apa je..






Please and thank you applies on almost everything you do, its not a must do if tak masuk neraka. But this is what we call Manners. So please ladies and gents, toksah ler nak berat mulut sombong sangat nak cakap benda simple ni. Orang lain akan rasa senang hati bila ada yang cakap terima kasih tau :) And don't forget to put on your ginormous smile on your face :D walaupun nampak menakutkan tapi lagi elok daripada kau buat muncung itik. Not cool okay ?



Ingat cool la muka macam tu bang ?




ps : So yeah, aku ada allergic sikit dengan orang yang tak berbudi bahasa, cakap caharem, aku pun tak baik jugak tapi tak la sampai nak takde budi bahasa kan ? Unless aku bergurau kasar ;)