Saturday 29 October 2011

Waktu Kecik dulu.. Kau Macam Ni ?

Dulu, waktu aku kecik comel gebu comel comel dulu.. HAHAHHAHA :D
Aku pergi ke..

Kedai baju cina
Aku mula mula berjalan jalan cari baju. Alaaaa, tengok je puun, tak beli ! Aku baru berumur berapa entah tapi muda sangatlah. Iyalah tak pakai tudung lagi, pakai kasut berbunyi, seluar pun setengah aje. Hehe.

Ketika aku sedang berjalan. Aku ternampak macam tempat cina letak colok tu, dengan makanan. Ada tiga pinggan. Satu pinggan untuk oren, apam dengan apa entah lagi satu. Tak ingat. Aku ni merupakan seorang peminat apam yang tegar ! HAHAHAH.
So, aku pun dengan senang hati ambil satu biji apam berwarna pink dan makan ! Dah lah besar apam tu. Mantap ! MUAHAHAHAHAHA :D Seronok aku. Tapiii.. bila dah besar ni. Teringat balik. Rupanya makanan tu untuk nenek moyang diorang. Tapi apakan daya, nenek moyang diorang kekurangan satu apam :D

Bagi aku, takpelah. Mesti diorang ingat moyang diorang makan betul betul kan ? hihihi


macamni lah tapi taksama langsung ! tempat aku amik tu cam tokong kecik jeeee. takseram macam ni -_________-


Kedai makan
Aku ni memang suka makan. Makan makan makan ! Tak pernah bosan. Satu hari, aku pergi restoran untuk makan lah kan ? Dan adik beradik aku ternampak fridge yang ada banyak minumam sejuk yang tin air gas, jus or whatever.. Then, kitorang pun mintaklah kat bapak kitorang.

'Ayah, nak air tu !'

'Ah, air tu tak jual..'

Begitulah perbualan kitorang. Dah bapak jawab macam tu, percaya ajalah ! puihh =.=



Notatakdetangan : Waktu kecik semua nampak comel. Bila dah besar, semua macam mintak kaki  :P

Thursday 27 October 2011

Jom Gaduh

Kau pernah bergaduh macam ni tak ?


haaiiiyaaaak ! waachaaa !



Dengan kawan, kita boleh bertepuk tampar kan ? Boleh bergurau sampai malam. Tapi kadang kadang kita mungkin buat member tu terasa hati ataupun kita yang sakit hati. Hey, itu lumrah berkawan. Kalau kau nak suruh orang jaga hati kau 24/7, susahlah. Feminist. Rumit. Kau faham tak apa aku nak cakap ni ?!

Orang yang hati dia lembut sangat ni memenglah bagus nak buat bini. Tapi kalau orang jenis macam ni tercampak kat kawasan yang manusia dia extreme macam aku. Kau ingat diorang boleh tahan ke ? Ya, aku memang extreme. MUAHAHAHAAHAHAHHHAHAH ! :D

Bila kawan tu merajuk, nak pulak 2-3 hari. Seminggu setahun pun boleh jugak dia nak merajuk. Kalau member camni aku kasi tampar je muka itu. HAHAHAHAAHAAH :D okay tak. Aku baik :) Settle baik baik lah. Alaaaaa, dah besar laaahh, tu pun nak merajuk bergaduh lama lama. Tak professional langsung korang ni ! Puihhhh



Tulis : Itu pun nak bergaduh. Ntahpape la kau ni -.- 

Khamis 27102011

Hari ni Jumaat, 28102011
Aku tau aku terlewat sehari untuk post benda ni.. Aku just nak cakap..


to me :)


Apa ? nampak macam aku desperate sangat ke ? Aku saje nak post sebab aku rasa aku awesome. MUAHAHAHAHAHHHAHAHA :D sukahati aku lah nak post apa kan. Ini tempat gua !

Terima kasih kepada mereka yang wish semalam ! Love yaah :D


pesanan : i love me :p hihihi

Friday 21 October 2011

Budak 2 tahun Dilanggar di China Meninggal dunia

Sedih bila tengok video ni. Aku tak sangka wujud lagi manusia macam tu. Tapi setakat ni, aku berharap sangat supaya kat Malaysia TAK AKAN BERLAKU kejadian menyayat hati macam ni. Tolonglahh...


Sedih yang teramat sangat ! Kau boleh bayangkan tak kalau.. kalau... argghhhhh !! Aku taktau lah nak cakap apa. Allah je yang tau perasaan aku sekarang  :(  terbiar macam tu je. Cuba kalau aku buat macam tu kat diorang yang jalan kaki and bodoh, lagi lagi dekat pemandu yang first tu, second sama je celaka. BUTA KE diorang ni ? Ingat tu anak patung. Astagfirullahalazim..




Keep this in mind : setiap perbuatan, ada pembalasan.

Sunday 16 October 2011

Daun Ketum. Tahu ?

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.



*Copy paste dari Wikipedia. Sorry lah, malas nak letak link dia. Tengah mengantuk ni -.-Aku tau mesti bosan nak baca fakta ni. Pendek cerita. Kalau rebus daun ketum ni dan minum air dia melampau lampau, kau boleh jadi macam ketagih dadah. Aku pun baru tau benda ni semalam. Selepas bercerita dengan sedara mara, makcik, sepupu aku. Kenapa ?

Sebabnya, kawasan perumahan aku ni. Ada satu rumah kat hujung taman ni disewa oleh manusia yang sangat tak bertanggungjawab. Budak lelaki dia bising macam s*al. Memang bongok ah aku cakap. Kalau dia reverse kereta, konfem langgar orang, takpernah taklanggar.

Pernah juga terdengar perbualan mamat mamat sakai ni cakap 'pokok ni best woi, pokok ni power !'. Hah, memang dah sah lah diorang ni penagih. Diorang baru je tanam pokok tu dan tekalah apa jadi ? Haaaaa, pokok tu dah tumbuh tinggi lagi dari bumbung rumah tu !! Cepat gila doh ! :O

Budak budak ni pun macam entahlah. Bayangkan. Dia pindah masuk, rumah tu ada 3 sliding door. Lepas dah chiao dari rumah tu.. Sliding door tinggal satu je -.- macam haram diorang ni. Penduduk kawasan perumahan aku pun tak berapa senang dengan kehadiran pengganggu keamanan ni.

Mereka suka buat havoc tak kena tempat dan pernah kena bantai dengan sekumpulan bangsa India sebab diorang ni cel**a sangat perangai. Padan muka.


Akhir kata : sorry takdapat nak letak gambar daun ketum ni. Carilah kat Google ya :)

Lirik Cinta Muka Buku - Najwa Latif

Aku cuma nak berkongsi je, tak suka sudaaah. Butan 'X' di penghujung kanan blog ini boleh ditekan  :D
Aku takpernah benci pun budak ni, cuma bila aku terdengar lagu ni dan dengar lirik dia betul betul. Aku terfikir..




Lirik Cinta Muka Buku aka Facebook Love. HAHAHAHA :P

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
(ohmaigoaat, perasaan apakah ?)

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. benarkah rasa itu..
(rileks dik, cool je okay :D)

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
(hati hati, jantan sekarang bukan boleh pakai sangat -.-)

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
(cinta nafsu je adaaa waktu ni)

Banyak soalan banyak juga jawapannya (macam exam lah ye ?)
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
(hah, memang patutlah ramai kena rogol dengan pakwe internet)

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku (ouch ! sakitlaa mata !)
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
(memang pun)


Dan pabila kau katakan kau suka aku (awww,terharunyaa :) )
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu (kepada yang Maha Esa), cinta di muka buku (oh yeah ?)


*ulang segala apa yang aku hijaukan dibawah ini*

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku


Ya aku tau lagu ni cweeeet cangaaatt ! Aku tau , aku tau =_____________= Berjuta orang dah cakap. So yeah, lagu dia tak teruk pun. Aku pun okay je dengar tapi bila aku mengamati lagu ni. Baru aku sedar.. No wonder yang zaman sekarang anak anak gadis sunti yang cantik cun ayu segala bagai ni selalu sangat kena kebas daranya. Kena rogol laaah ! Hishh  T___T

Aku ulang, aku takbenci lagu ni atau penulis lirik mahupun penyanyi lagu ni. Ni cuma pandangan aku terhadap lirik lagu ni je. Taksuka boleh berambus ya sayang :)



Apa diaa ? : Minta maaf kepada Najwa Latif dan peminat jika tersinggung ataupun menyampah dengan apa yang aku tulis ni. Sekadar peringatan jee, okay ? :D

Friday 14 October 2011

I'm Trying To Be Nice. As Nice As Possible



Sakit hati macam mana pun, aku tetap manusia yang baik hati. Aku tau aku baik. In fact, semua lahir dengan sifat semulajadi iaitu baik. Ada ke bayi yang baru setahun jagung tu nak berkurang ajar ? Tak.

Kepada member aku yang baca, do admit that I'm super duper nice okay ! :D jangan muntah depan lappy pulak. Sudahlah comel, baik pula tu ! *wink* HAHAHAHAHAHAH !

Macam Beyonce cakap kat aku lah : 'what goes around, comes back around'. Aku percaya kalau aku buat baik, satu hari nanti ada orang orang akan buat benda yang sama dekat aku. Bila tu ? Aku tak tau. Time will tell. Lagi banyak kau bagi, lagi banyak kau dapat. Aku cakap benda ni sebab nak tenangkan hati aku yang berkecamuk ni. MUAHAHAH. Saje saje.

Okay, ni out of topic laa.
Orang kata, bila kita jumpa orang yang kita suka. Hati berdegup kencang.

.......................................................................

HAHAHAHAHAHAHHAHAAHAHA ! What ?! Hati kau berdegup ? Do you know what the hell is hati ? Hati is liver man ! Yang berdegup tu jantung kau ! Do your homework ! Jadah haramnya hati yang dupp dapp dupp dapp. Woaaahhhh, cool :D hihihi. Aku tak gelakkan sape sape pun yang pernah cakap macam ni. Sekadar nak bagitahu ajaaaaa okay ? Jangan marah tau ! ;)



Kembali kepada tajuk kitaa. Em, aku terpaksa mengaku yang aku tak ready lagi nak move on kejadah haram tu. But, I'm trying so damn hard nak baiki diri aku. Apa yang tak kena dengan diri aku dan aku tau apa punca UTAMA aku jadi tak keruan. HAHAHA :) Tapi aku nak tegaskan kat sini yang your family and friends *dan pelajaran jugak* is waaaayyyyyy more important. Trust me :)

Be nice ! and sorry sebab guna banyak bahasa rojak okay :)





Nota untuk awak : Whatever it is, be nice to others okay ?

Sunday 2 October 2011

Happy Birthday Dear !





Hadiah apa yang paling mahal pernah kau dapat ?

Balik balik kalau birthday orang kan, mesti ada tuntut hadiah harijadi. Ada jugak yang takmintak. Kadang kadang terfikir jugak nak bagi apa ye untuk birthday dia ? Dia suka apa ? Eh, okay ke benda ni ? Well, semua orang pernah terfikir benda ni kan. Oh, takpernah ? SO WHAT ? Ada aku kesah ?

Bagi aku tiada istilah, hadiah sape paling gempak, dia lah yang terspecial dalam dunia. Tahpape je. Kalau betul kau nakbagi hadiah, biar dia datang daripada hati kau sendiri dan bukanlah dipaksa. Apa barang bagi hadiah sebab kene suruh kan ? Tak istimewa langsung. Mungkin ada benda lain yang kau boleh bagi waktu harijadi dia, contohnya :


  • Senyum dan senangkan hati dia for the rest of the day
Iyalah, dah nama harijadi dia, takkan kau nak cabul dia kut. Agak agaklah brader. Kau tolong dia kalau dia ada masalah. Belanja lunch ke, takpun kau beli jelah satu slice cake kat secret recipe tu. Don't burden yourself to buy expensive gifts for someone. Waste of money, man ! Lainlah kau ni anak orang kaya. Kau luangkan masa dengan dia, crack some jokes. Yang lawak bukan yang tak lawak. Tu bodoh punya kerja. HAHHAHA. sorry :) Bawak dia pergi jalan kat tempat yang tenang. Paling penting, senyum ! Jangan buat muncung itik kau yang hodoh tu -.- bagi penampar baru tau.


  • Surprise !
Haaa, benda benda ni selalu dah orang buat. Pada pagi yang hening. Kaumula tengking member kau, buat taklayan, dengan sialnya kau pergi sorok barang dia dan bla bla. Kasi dia nak hangen, kasi dia menangis, bantai dia dengan ayat kaw kaw punyaa. Then, sampai klimaks.. 'Happy birthday to youuu~' Lagu harijadi yang popular tu dinyanyikan beramai ramai. Kalau dah ramai tu belilah kek. Sorang rm5 okay lah, kalau ramai orang. He/she will remember that precious moment eventho korang dah buat muka dia bururk,dengan hingus tu semua :)


  • Ungkit memori lama
HAHAHAHA, mungkin jugak kau boleh ingatkan dia waktu korang kecik dulu, darjah satu ke lima ke enam ke. Form 1, 3, 5 ke kolej dulu dulu.. Waktu korang tengah menyakai ramai ramai ! Pakai baju selekeh nak mampus, muka dorky je semua. Kan kiut miuuttt :D Bagi lah gambar sekali. Pastu kau hentam komen muka semua orang waktu tu dan tayang pada semua orang. heheheh. kurang ajar :P Bukan tiaptiap hari kau boleh ungkit kisah lama ni tau. Adacertain orang mudah lupa. Jadi, benda macam ni banyak membantu untuk kembali kan hilai tawa yang hilang satu ketika dulu.


  • A simple card won't hurt
Takpun, bagilah kad. Either buat sendiri or beli. Takde sape nak buang kalau kau bagi waktu harijadi. Lain la kalau dia tu memang masalah otak kan. Oh, dan tulis something yang lawak lawak dalam tu, barulah best. 2tahun lepas aku ada dapat kad comel. Arnab banyak banyak. Bila aku bukak kad tu, aku cari ucapan dia, tapi takjumpa. Puas cari, takde jugak. Rupanya, dia memang takletaktappi dia ada letak tandatangan kat hujung kad yang kau susah nak cari, i likeee :D 3tahun dari orang yang sama kali ni dia buat kad sendiri, warna hitam, aku cari ucapan takjumpa. Rupanya dia tulis dengan pen hitam. Dia suruh baca kat tpt banyak cahaya. Cool :D


Nota : Bagi jela pape pun, asalkan ikhlas dan tak membebankan :) kalau memang kaya tahap gila, kasi ah hadiah mahal kan ? hihihih :P banyak memberi, banyak dapat balik !


I'm A Professional Money Waster

Good morning manusia busuk dan tak gosok gigi lagi !

Tajuk aku harini berkaitan dengan perempuaaann ! Lelaki yang metrosexual aku tak tau lah macam mana. Perempuan kan bila makin besar makin suka benda cantik cute menyebabkan nafsu shopping diorang bertambah macam thermometer celup dalam air menggelegak ! Oh yeah ~




Perempuan hakikatnya suka benda benda macam ni sebab tu la diorang tak kesah membazir waktu berjam jam kat shopping mall nak beli KEHENDAK diorang. Mungkin waktu kecik kecik dulu ramai para gadis comel macam aku suka berpakaian ala boyish gitu *bukan boyan eh, agak agak siket* so, bila nampak adult pakai lipstik, heels, baju bling bling. Secara automatic akan cakap ' eiii, gelinya,macam perempuan sangat' Well, itu waktu kecik boleh la cakap macam tu sebab kebanyakannya memang mcm budak lelaki time kecik. 

Tapiii,haaaa, bila dah besar panjang, hambek kau, dia laaa yang paling vogue pakai baju perisai besi orang perang tu. Perghhh. Dia lah pakai makeup yang tebal macam ada ribut salji kat Malaysia ni. Kasut dia lah yang paling tinggi tajam so bila kena ragut senang nak tendang telor lelaki. HAHHAAHHAHAA :D okay tak lawak. Ini realiti bukan ? Kau sendiri boleh tengok perempuan sekarang pakai baju nak pegi pasar mcm ada dinner dengan menteri.



Mahal, designer label, high quality dan emmm.. macam macam lah ! Tu mungkin bagi yang brand concious. Bagi yang biasa biasa, kau main angkut je asalkan okay cantik selesa, boleh jalan pergi kaunter ! Hmmm, kaki shopping ni memang senang je nak hulur duit kan ? Alahai, pemurahnyaaaaaa :P bajet orang kaya je lebih. hikhik :3 tiba tiba nak menggedik letak smiley macam tu.


Perempuan suka benda cantik di mata. Kadang kadang taknak beli pun tapi beli jugak, pstu takpakai -.- woih, kalau sale tu jangan cakap ah kan ? macam ikan dugong aku tengok semua orang. Bertolak tolak, meraba raba bontot orang time tengah jalah, hadoiyai tapi sebab sale punya pasal dapat murah, redah jeee !! kena raba pun, muka otai je :D tapi aku bukanlah orang macamtu.

Ni belum cakap pasal online shopping lagi *ehem ehem* :D kalau beli online kau tunggu je barang tu sampai takde la banyak kerenah sangat kau nak jalan keluar beli barang kan. Takpenat ! yeah. Nak bayar duit itu ini lagi, nak makan.  Kat rumah kau telan je apa yang ada, tak menyusahkan diri ye dak ? Taklah kau penat berjalan, kaki dalam kasut Jimmy Choo kau *kalau kau ada lah kan :P*


Apa apa pun kat sini aku nak tegaskan yang shopping ni nafsu perempuan yang aku nak kata, memang superb lah. Pantang nampak cute siket, ah sudahh. Yang pakwe pun taklarat nak teman awek shopping berjam jam kan ? Nanti jadi macam orang tu, lelaki belasah bini sebab tunggu shopping lama sangat. Bodoh jugak lelaki tu kan ? hmmm,lantak kau lah.



p/s : Membazir amalan setan. Kau kawan setan kan ? Ye, aku tau dah. Taktengok muka pun aku tau :P Jangan membazir ye, tu duit mak bapak kau tau yang kau guna tu, bukan duit kau. Lainlah kalau dah kerja !