Friday 30 March 2012

Lights Off !












MOTIF AKU SEBENARNYA NAK TUNJUK EARTH HOUR DEKAT YOUTUBE JE :D


Tapi, ter-screen cap banyak pulak, hahahaha ! Patutnya yg first dengan last je. Heeee, sengaja :D





Haaaa ?

HAHAHAHAHA, you make me smile time maghrib maghrib macam ni ya ! :)


Ohmaisheep, you just dont know how hard I laughed ! Ya Allah, please forgive me :) Saya cuma nak cakap, saya ni jahat dan ada kemampuan berfikir. Alhamdulillah. Jadi, jangan cuba buat lawak sengal dengan saya ya :)







Thursday 29 March 2012

Rezeki aku bukan kat situ, bukan macamtu. Sabar

Keputusan SPM Si Kosong

K, tajuk ni takde kena mengena dengan lagu Najwa Latif tu. Harap Maklum. Sebenarnya takde kaitan pun dengan apa yang aku nak tulis ni.


Okay okay. Sekarang musim SPM bagi pelajar lepasan sekolah macam aku. And hot hot topic ni ada lah pasal keputusan spm dan makpak kitorang ni. Makpak masing masing mestilah lain lain kan ? Mana ada yang sama. Cara makpak si A ni lembut, si B garang sikit, si C keluar rotan. See ? Mana ada yang sama.


Macam tu jugak dengan penerimaan certain parents dengan result spm yang diorang dapat. Macam biasa bin normal, ramai akan menangis bila amik result. Histeria bagai, lol. Situasi ni boleh dibanding kan dengan dua keadaan.


Dua orang pelajar dengan result yang sama tapi cara parents terima lain lain. Ada yang kata, ni dah cukup bagus dan ada yang mcm,'Oh, ni je'. You know, the first word that I got from my mom was 'alaaaa'. Aku macam TERKEJUT NAK MAMPUS sebab bagi aku result aku tu teruk sangat bila dia cakap macamtu. ILOVEMYMOMINFINITELY and aku bukan nak burukkan dia or whatever. TAKLANGSUNG ! SO KAU JANGAN NAK PANDAI PANDAI CAKAP BUKAN BUKAN PASAL PARENTS AKU ! Kang ada yang makan kaki zirafah japlagi -_-


And bila dia tanya result orang lain. She starts comparing me with others :/ Sedih tau. Aku macam tak boleh nak handle, takreti ! Sebab benda ni jadi masa pmr aku jugak. Nampak sangat aku ni macam anak tak guna -.- sudahlah pemalas, tak straight As pula tu. Aku bengang gila. Tak tahu nak bengang dengan siapa, diri aku ke, result aku. Takde sape yang bangga dengan result aku kecuali diri aku -.- So sad, I knoww.


Masa aku dapat result tu, aku macam exciteedddd. WAAHHH :D omaifishomaifish ! Comelnya result. And aku memang dah agak ada B sebab aku memang target pun tapi tersasar sikit sebab aku ingat Sejarah aku yang B -.- not cool. Takpelah, dah lepas dah pun :)


Kesimpulannya, reaksi makpak ni sangat penting dalam merangsang semangat anak anak. Nasib baik ayah aku puji aku lebih sikit :p kuranglah perit di hatiku. MUAHAHAHAHAHA :D 


To makpak(s),

Please. Kami tahu kamu semua nak result yang terbaik dari kami, kami pun nak straight As jugak, tapi kami memang betul betul dah buat yang terbaik dan Allah tentukan result kami lain lain. Iyelah makpak, kalau semua straight As, memang payah la semua syarikat kami apply sebab semua layak layak belaka :D Orang tu pun dah terkebil taktahu nak pilih mana. Jadi, terima kami seadanya. Terima kasih.



Tak apa lah, mungkin result sekarang ni biasa biasa, tapi kat U nanti semua ada rezeki masing masing, kejayaan masing masing. Yang penting usaha lebih ! :) Kepada yang rasa dengan result spm tu macam dah musnah masa depan. tu kau je yang menggedik. Padahal takpun, jangan malas cari peluang. Belajar rajin rajin.


Yelaaa aku tahu ! aku tahu ! Mesti ada yang cakap, 'Alaa, kau cakap je lebih. Kau mana tahu apa rasa dia dapat result macamni !' Kfooiiinnneeee -_- Sukati korang la nak cakap apa, tapi ingat. Tolong lah ingat. Ada yang lagi teruk daripada tu, datang daripada family yang susah. Apa yang perlu kita buat sekarang ialah bersyukur. 


Yang baik tu pasti datang, cuma.. Allah nak kasi surprise kat kita ! :D Never give up on Him, never. Dia nak uji kita sekarang ni, kita terima ke tak, kita redha ke tak. Cuma, gua mau kasi ingat sikit, kalau dah tahu kita ni biasa biasa, jangan lah menjebakkan diri dalam benda yang tak memberi manfaat kat kita. Lupakan. Buat benda lain, benda yang boleh buat diri kau and makpak kau bangga. Setakat duk depan lappy tengok Fb. Memang tak kan jadi pape -.-




And this one is for my ps : copy paste dari kawan kelas :)

aku harap kau redha dan istiqamah , Setiap org di uji, sama ada uji dgn benda baik atau benda buruk, yang baik tak semestinya baik, yg buruk tak semestinya buruk, Kita hndk sesuatu yg kita hajati tetapi tidk kesampaian, ttp ni kata ustaz aku, kita tak dpt benda yg kita hajati bukan bermakna , Allah tak sayang kita, tetapi itu menunjukan Allah kasih kepada kita, Allah nak bagi benda yg lebih baik kepada kita, aku tipu lah ckp kalau tak kecewa dgn result aku, tapi sampai bila kita nak kecewa, Org hanya bagi simpati pada saat saat awal je sehari dua hari, nanti buat buat lupa . Tak pa aini , masa asasi dgn matriks , kau study hard gila gila..insyallah mungkin rezeki kau masa kat Uni nanti.



Wednesday 28 March 2012

MY GENERASI




K, sememangnya video ni comel and yeaah ! Sekolah rendah dulu memang stok stok tukar biodata tak kira la laki ke perempuan. Yang tak tahan bawak beg besar. K, aku terasa, hahahah. Sebab beg aku lagi besar dari aku -_- Ni semua sebab gedik sangat nak beg Powerpuff Girls tu. Hahahahaha. K, aku memang comel. Aku sejak siapa entah ajar aku sebut k-k ni. 

Seronok laa, sekolah rendah. Bila tak siap kerja semua dah cuak macam ada dalam kandang harimau. Kena duduk luar, takpun kena pergi kelas lain and cakap 'Saya tak siap kerja sekolah' Hahahaha. Aku pernah kena :p Takpun cikgu suruh siapkan kat luar kelas.

Dunia waktu kecik kecik memang la seronok, bertepuk tampar sesuka hati. Siap ada yang bagi flying kick lagi, hahahaha. K, memang lawak bila ingat balik. Aku pengawas dari Darjah 3 eh ? Entahla, tapi awal awal aku jadi pengawas sebab aku anak cikgu. Kononnya aku berwibawa lah ? -_- 

Kau tahu, aku ni sudahlah pendek lagi comel. Boleh pulak cikgu bantai kasi aku jaga kelas budak Darjah 6. Waklu, kecik kemetot aku ni kena jaga manusia yang besar alam -_- Not cool. Aku ni sudahlah jenis penakut nak bercakap, tapi sekali aku pegang pembaris panjang cikgu tu. Yeah, pembaris yang orang buat ukur kain by meter tu. Aku rasa macam aku la paling berkuasa ! Muahahahahahaha ! :D Budak pendek tak sedar diri.

Haaa, yang paling aku rasa malu gila waktu aku kena jaga abang abang kakak kakak Darjah 6 yang kelas nakal nakal tu. Sabo jelaa weeyyhhhh ! Sebab waktu tu, cikgu mesyuarat, kena la jaga. Baru aku nak sampai kat kelas tingkat 3 tu , budak laki kelas tu dah kunci pintu kelas ! Demyu =..= Aku macam, 'Bukak la pintu !' HAAHHAHAHAHAHA. Dengan pendeknya lagi kan :D So, kakak dalam kelas tu banyak yang baik, so diorang la yang tolong bukak pintu.

Pasal permainan, semua orang dah tahu lah kan, main pemadam, penutup botol, yang getah tu paling famous, hahahah. Best. Lompat tikus. Hmm, apa lagi apa lagi ? Haih, macam macam laaa ! :) Seronok bila tamat sekolah rendah pastu sambung sekolah menengah, habis form 5. Jumpa kawan sekolah rendah balik ! Wow, semua lain lain dah :D Makin kurus, kembang, tinggi, rendah, clean, jerawat, korea, hahahaha. Macam macam ! Semua pandai pandai. Tapi tak sempat nak jumpa semua orang. Sekarang semua sibuk dengan apa benda lepas result spm keluar. Nak plan masa depan gamaknya, lol :p

Muka kecik kecik semua sakai sakai ayam je, ahahhaha. Nak je aku upload gambar masa skolah rendah tapi takpe ah. Comel sangat ! XD Muahahahaha. Huiyoo, k aku teringat masa taska tiba tiba kan ? Aku punya anak tudung tu sampai tutup mata weehhh ! STYLE :D Aku ada gambar tu lagi bila tengok memang sakai wooh. Mata tak jumpa pun, kahkahkah ! Tu tahun 90-an lah kan. Hadiah last aku bagi kat cikgu tu tudung, aku still ingat lagi muka cikgu tu sampai sekarang. Sebab cikgu taska ada dua orang je. Cikgu tu cantik. Rindu lah.







ps : tu bukan sekolah aku pun :)





Tuesday 27 March 2012

K, Apa Apa Je

HAAAAA, saya tak suka la post pasal benda mintak simpati je. Rasa macam nak lempang je screen lappy ni -_-


Sebenarnya aku sangat suka bila aku nak balas mesej lepastu orang tu off phone. K, lain kali jangan hantar je senang. Grrr. Apa la masalah. Kalau memang ada masalah pun, rasanya tak payah kut nak off. Buat aku rasa macam nak makan kepala orang lagi ada laa. 


K, lama dah tak tulis. Hm. Sedih. Scholar semua nak A dengan A+. Ni semua gara gara bio aku yang sangat membantutkan hasrat belajar aku. Kurang ajar. K, tak. Aku bersyukur je tapi susah sangat -_- mengada.


So, aku apply jela asasi. Dapat ke tak, lain cerita. Mana mana kena campak pun aku pergi je. Yang penting, aku kena lagi rajin belajar lepas ni. Aku tahu aku ni pandai, muahahahahah. K, perasan. Tapi sebab aku ni suka tangguh kerja and pemalas kuasa lima. Memang susah la kan ? Haih.


Sedang pula menunggu keputusan upu keluar, aku tengah tunggu lesen kereta. Tapi masalah nya, lesen L nak keluar tu lembap gila nak mampus, weh siput pun jalan 10 kali ganda laju tahu tak ! Dia cakap 2minggu siap tapi dah sebulan tunggu tak siap lagi ! Pastu parents aku salahkan aku sebab pemalas sangat nak sambung.


Grr, kan bila aku dah call tanya, aku pun ngadu aa kat mak aku cakap lesen tak siap lagi, mak aku pun ngamuk. WALAWEHHH LEMBAP WOII. Bila nak siap ? Tunggu aku blah dulu baru nak siap ? Haa, tu la. Hantar aku lagi kat tempat orang ************************ kan dah lambat ! Membazir duit bin masa je ! K, aku bosan.



Thursday 22 March 2012

Thank You

Sejak aku dapat result, sedih sebab tak la teruk mana and tak la baik mana. Tapi bila fikir course yang aku nak amik dengan result, macam lain je aku tengok. Semalam serabut kepala otak aku. Semalam jugak, abang aku cakap dengan aku benda yang aku tak pernah ingat. Aku kan pentingkan diri sendiri..


awak ingat, ada orang yg lagi susah dari awak, nk ubah hidup keluarga dia tapi dia tak dapat result baik macam awak, ingat Allah nak uji awak, dia ada jalan lain nak bagi awak amik medic.


Abang aku ada cakap banyak lagi tapi tu je yang buat aku terfikir balik. Yeah, aku nak sangat Medic tapi Bio aku pun B+ apa cerita kan ? Hahaha, tapi takpelah. Mungkin ada rancangan lain yang boleh aku buat untuk tebus balik keputusan SPM aku, harapan makpak aku.

So yeah. Ayah aku pun ada cakap..


Bersyukur je dengan apa yang kamu dapat. Kamu dah buat yang terbaik tapi Allah nak bagi macamtu, kita redha. Ayah bersyukur je dengan result yang kamu dapat. Dapat teruk pun bagitahu je. Yang penting, course yang kamu nak amik tu bagus. Bila degree nanti orang tak tanya berapa A dah. Dia tanya amik course apa.






Tuesday 20 March 2012

Maher Zain - Number One For Me



I just realized that I smiled for 6:21 ! :D
This is soooo cuuteee !!



Kuyus

Hai tawan tawan ~ *ergh, annoying sebenarnya.


Hahaha, aku bukan nak kata apa, aku tengah lah online Facebook jap tau, tiba tiba kat tepi tu aku nampak macam ada orang like photo siapa entah. Bila aku tekan je. Like 'WHOOOOOOAAAAAAAAHHHHHHH'. Gila lah babe, syeksyinya awwwookkkkk ! Lemah iman saya tengok :3 


Awak pakai baju leopard print tu~ sleeveless lagi uolls~ pergh, amik gambar dari sudut atas, macam zaman Myspace gitu :) Waahh, encem laa awok ni. Suka kitew tengok tau. Hadoiii ~ jadah harem ni weeiiii ! Malu tau tak aku tengok -_-


Kalau aku jadi dia kan, takkan pernah aku tunjuk muka ku itu, bukan apa. Yelah, orang lain like la semua gambar hang nak tunjuk support la kunun kunun kan. Tapi macam, SEKSINYAAA ! Sakit mata kucing aku :(


Awak kan, nak pakai baju seksi pun, pastikan badan awak molek, takpayoh tunjuk muka, kalau boleh takpayah laa nak tayang badan. Sedih I tau, sobs sobs. Sebenarnya, ramai je yang pakai seksi kuasa dua ni tapi apakan daya, aku sendiri tak berani tegur. Ingat sendiri saja laa.


Tak kira muka kau cantik ke tak cantik, kurus ke besar, Macm seksi sangat ! Kalau boleh nak tunjuk semua kan ? Tapi kau pun waras lagi. Sebab kau pun tahu, nak tarik perhatian kau pakai seksi seksi, tapi kalau kau tak pakai pape, orang lain ingat gila. HAHAHAHA. Okay ^^


Tapi, aku rasa agi sweet kalau member sendiri yang tegur. Maca ada sorang buak ni, aku rapat dengan dia masa sekolah rendah. And dekat group tu, tiba tiba ada sorang kawan laki kitorang ni tegur dia. Cara did pun bukan direct but yeah, rasa macam seronok sebab kita tahu ada orang yang amik berat :)






ps : Kurangkan keseksian mu yaa, mata orang memang laa sedap tengok. Dua dua pihak dapat saham free :D



Monday 12 March 2012

Please And Thank You





Haaa, sekarang aku duk masa lebih dengan 2nd Facebook aku sebab seronok and semua orang kecoh kecoh. Jadi, taklah bosan. Duk itu ini, trauma laa, isu panas semua. Hahah, best. So macam biasa, mestilah ada group kan ? Memandang kan tak ramai manusia muda remaja lagi comel macam aku *ada tapi golongan minoriti* dan aku pulak tak bekerjaya macam kawan aku yang lain. 


Dekat satu group ni tempat yang kebanyakan orang lepak, admin nya sudah keluar sebab tak tahan dengan isu copyright dan lain lain, semua berdebat, huru hara dan kotirang yang lain hanya mampu jadi silent reader dan meluahkan rasa seram dekat group lagi satu *closed group hanya yang dikenali sahaja, dalam 40+ orang je. Jadi aku yang selalu online ni kena lah tolong itu ini, edit sana sini, orang mintak tolong dan aku tak kesah nak tolong.







Tapi sangatlah tidak sopan bila dah minta tolong tapi tak cakap TERIMA KASIH atau seumpama dengannya. Diingatkan supaya orang ramai bila nak suruh orang lain tolong cakap TOLONG, lepastu bagi muka tu manis manis, kalau hang buat muka itik, memang aku hempuk muka hang dengan kamus. Lepas ada orang tolong cakap thanks ke apa apa je..






Please and thank you applies on almost everything you do, its not a must do if tak masuk neraka. But this is what we call Manners. So please ladies and gents, toksah ler nak berat mulut sombong sangat nak cakap benda simple ni. Orang lain akan rasa senang hati bila ada yang cakap terima kasih tau :) And don't forget to put on your ginormous smile on your face :D walaupun nampak menakutkan tapi lagi elok daripada kau buat muncung itik. Not cool okay ?



Ingat cool la muka macam tu bang ?




ps : So yeah, aku ada allergic sikit dengan orang yang tak berbudi bahasa, cakap caharem, aku pun tak baik jugak tapi tak la sampai nak takde budi bahasa kan ? Unless aku bergurau kasar ;)







Rant On Popularity - Matluthfi



OPPANG HANG BARU HANG TAUUU ! :D






Sunday 11 March 2012




Saya ada banyak mak sekarang ni :p Okaylaa, takla banyak mana.. Ada tiga orang baru.. Kau takpayah laa fikir lain pulak -_-









Thursday 8 March 2012

KONY 2012






kepada yg malas tengok yang ni yaa :)




30mins documentary




WATCH TO UNDERSTAND
and I don't care if I'm 9 years late knowing bout this.





Tuesday 6 March 2012

Membawa Hati Yang Lara

HIII !


Tak boleh blah kan tajuk ? Okay, aku sengaja nak tulis ni sebab kawan aku tiba tiba menghilang. Tiada khabar berita. Aku musykil tapi aku boleh agak apa masalahnya. Ya, dia membawa diri. Membawa diri ke suatu tempat yang di mana dia mencari ketenangan hati. 


Okay, tak tahan, rasa macam nak lempang muka sendiri. Tapi aku mengharap sangat kawan aku yang sorang ni baca sebab aku rindu nak usik usik dia :D 


Ladang kelapa sawit. Saya harap awak baca :) 
HAHAHAHAHAHHA, jangan marah ye kak !







K loser but. Oh ! I just love being awesome and a loser at the same time :D
So cool !




Monday 5 March 2012


I don't need apologies from anyone for me to forgive them. My forgiveness is free and unconditional. It is not based on those who apologise or who don't.

I forgive even those that never apologise. I forgive because I want to, not because someone apologised.




Sunday 4 March 2012

Fake



Disebabkan kau kawan aku.. Walaupun kau tipu aku padahal sebelum tu aku dah mati mati percaya cakap kau. Bila aku mintak tolong baru kau nak explain. Tak apa. Aku maafkan jugaklah. Walaupun kau ni cakap tak serupa bikin, aku buat buat taktahu macam takpernah berlaku. Nak sedapkan hati aku, aku cakaplah ' Tak ada manusia yang sempurna. Okay, fine '





Saturday 3 March 2012

We're Sisters

I'm telling all these because I care, if I don't then who will ?


Just because I told you not to dye your hair and me being sarcastic to you all the time that doesn't mean I'm a good person myself. No. I told you this because I care, I told you that because I care.


Look, if you don't like the way I talk, just tell me. Yeahh, you need a friend yang 'Sporting bin Memahami' but if you really accept me the way I am and atleast try to digest everything I said, aku tak rasa yang kau akan sentap dengan semua benda yang aku cakap. 


----------------------------------------------------

I memang suka buat orang sentap lah youuu. HAHAHAHAHA. SORRY :D Jadi kalau aku ada menyibuk hal kau tu sebab aku baik, prihatin tau ! Bukan macam orang lain. Diorang cakap cool, aku cakap buruk. Diorang cakap sweet, aku ckap pergi kahwin. HAHAHHAHAH. Bukan sebab aku jealous tapi sebab aku prihatin and we're sisters !


You cakap A, I cakap W. Berapa tahun dah aku kenal kau, jadi aku cakap semua benda ni sebab aku nak kau tahu yang...... AKU NI AWESOME LAGI BAIK HATI LAGI PRIHATIN DAN SUPER COMEL. AHAHAHHAHAHAHA ! :D 


Terimalah aku seadanya, andai aku suka mengkasarkan bahasa dengan kau, maksudnya aku nak menggedik kejap :D Bila aku taklayan kau, maksudnya aku memang malas nak layan. Bila aku menyakat kau, cubit, sepak, tampar muka hang, maksudnya aku bosan and kau je boleh hiburkan hati aku. Kesian kau :p 


Jadi, kalau aku buat kau sentap bukannya aku benci tapi nak bagi ingat je :) Kau tahu jelah mulut aku ni macam sepupu kalajengking je :D So, janganlah ambil hati dan cakap aku ni hati batu atau muka takde perasaan *aku selalu dapat benda2 macamni daripada manusia yang takberapa nak kenal aku* Sebab kalau aku takbagitahu, memang takde sape nak ckap dah. 


Orang lain boleh lah nak sodok sodok kau cakap itu ini tapi kau ingat diorang baik laa, nak jaga kau semua tu ? Takde maknanyaaa. Aku yang jahat ni jugak yang sayang kau lebih *okay, takpun sebenrnya* hahahaha *gurau je :)


So, aku nak mintak maaf kat sape sape jelah, kawan perempuan ke lelaki kalau aku tersakar banyak, rimas or whatever. Sorry lah ye ! :D




ps : kita kan dah macam adik beradik.. cuma aku paling comel antara semua lah kan ? :)



Friday 2 March 2012

6 Jam

Hai, harini ada kelas teori. Ahahaha, tu pun nak bagitahu kan ? Sebab kalau tak, tempat ni berhabuk ! 


So, yang dekat tempat aku cuma ada 3 orang je yang pergi, 2 lelaki dan aku sorang. Budak dua orang tu tak boleh blah. Dalam kereta bukak aku Mr. Saxobeat dengan Thousand Years lepastu nyanyi. Kalau sedap takpe lagi tau.. Kerja diorang bercakap je setiap masa lepastu sepanjang aku berjalan dengan diorang *tapi tak bercakap pun, kalau tak, aku memang sesat lah kan kalau tak ikut diorang* diorang dah plan nak ponteng kelas. 


Alih alih, ic orang pejabat pegang. Tak jadi lah mereka memonteng. Yang sorang amik motor, sorang lagi kereta sama dengan aku. Mamat ni rupa dah ada dah, kaki panjang, jari runcing. Sampai kat tempat tu terus hisap rokok padahal nak masuk kelas dah. Pehh, hancur. Dalam masa beberapa jam, dah berapa puntung rokok dah aku tengok dia hisap. Pelik betul. Lepastu buang merata-rata. Aku marah lah ! Aku ni garang tau. HAHAHAHAHAH :p


Dalam kelas tu pulak, aku duduk sebelah sorang minah pakai tudung tapi buat sanggul unta. Alamak, aku ni dah lah pendek lagi comel, lepastu bonggol dia menghalang pandangan aku dekat orang tu. Macam sanggul dia yang bercakap. Sakit + penat badan aku bergerak nak tengok orang tu bercakap. Pesanan : lain kali jangan menggatal buat sanggul unta, kasihanilah golongan comel macam aku ni -.-


Dan seperti biasa, bila cakap pasal kereta mesti cakap pasal kaki dan seperti biasa jugak lah, aku yang menjadi mangsa memandangkan aku je yang bagi diorang kecik comel padahal ada je yg sama tinggi dengan aku. Nak jugak aim aku. Pastu budak laki yang sama kelas dengan aku ni dok cerita kat member dia yang aku kena bahan. AKU NI COMEL OKAY, COMEL. HAHAHAHAHAHA :D


Tapi pelik, mula masuk kelas ramai lepastu tinggal 6 orang je. Nak kata bahagi kumpulan, yang lain memang tak nampak batang hidung. Aku pun ada jugak lah buat kawan 2 orang perempuan. Dengan budak lelaki 2 orang yang pelik tu. Yang tak boleh blah kan, yang sorang budak laki ni tanya aku, 'Bila nak kawin ?' Aku pun jawab, 'KAWIN !?' *dengan muka takboleh blah + kehairanan. Then, dia pun sambung cerita dia ada awek kat Sarawak, nak kawin tahun depan kat Sarawak. 


Rumah semua dah ada, bapak dia tanggung semua. Aku pun pelik. Member dia yang kaki panjang tu pun pelik dengan dia sebab nak kawin awal. Dan budak laki ni jugak suka korea ! Gila korea ! Sampai masuk pertandingan menari nari macam korea. Dia cakap pakai bedak, make up nak bagi semua muka putih macam orang korea. Beli baju korea. Pergh, fanatik doh. 


Pastu ada orang tanya aku kau suka tak lelaki minat korea ? Aku jawablah, 'Pelik, entah pape *kutuk kutuk sikit*' Pastu budak laki yang nak kawin tu nak mencarut tapi dia cakap 'BAB..' Pastu baru aku tahu yang dia suka korea. Aku ingat mamat kaki panjang tu yang tanya. Si kaki panjang ni pun dok gelak gelak kat kawan dia sebab aku kutuk lelaki fanatik korea. Sebenarnya, aku tak kesah tau, tapi yang aku taksuka sampai baju pun nak korea sampai menari bagai. Itu sudah lebih.


Berdasarkan apa yang aku tengok, perangai diorang dan perbualan diorang ni memang agak dahsyat tapi baik lah jugak kutt ? Peramah jugak. Diorang kata cara aku bercakap selalu macam nak cari gaduh + tak puas hati, muka macam nak makan orang, ganas. Haih, aku yang comel ni diorang cakap macamtu ? -___________-