Wednesday, 10 August 2011

Adam Hafiz

Budak budak kecik semua comel kan? Bukan macam kau.


Harijadi kawan aku kelmarin. Sumpa harijadi dia meriah, kebetulan pulak harijadi dia nak dekat dengan tarikh adik bongsu dia, Adam Hafiz. Sangat comel :) sekali imbas nampak macam budak kecik yang normal, sama macam yang lain. Tapi sebenarnya ? Dia buta. Sayangkan ? Memang. 


Aku mula mula tak tau sebab budak tu takbanyak bergerak. Dia duduk setempat. Tapi dia pandai senyum, boleh cakap dengan orang lain macam dia boleh nampak. Aku paggil nama dia, dia pun macam cari suara aku datang dari mana, bila aku sentuh bahu dia, dia pandang atas *pandang aku la kan* 
aku borak,main cubit cubit dengan dia. Hahah. Comel. Nampak normal...


Dah lama tu, budak tu mcm nak pegang cawan, tapi tertolak. Cawan jatuh, pecah. Bapak dia keluar, dengan muka macam gajah naik hangen, tarik budak tu lepastu penampo muka dia. WHAT THE F*** ?! Dia budak je, buta pulak tu ! Chill la bapak ! Budak kecik je tu ! *emosi weh* betul, semua yang datang terkejut. Semua diam. Tapi budak tu sikit pun tak mengadu, tak menangis, diam je. Tabik lah budak. Pastu, bapak dia masuk rumah. Aku tanya ;


'Adik okay ?'

'Okay'

'Adik nak akak amik pape tak ?'

'Tak'

'Adik tak sakit ?'

'Sakit, tapi dah biasa dah' *WHAT ? DAH BIASA DAH ?*

-senyap-

'Kakak jangan risau, Hafiz okay'

Haih, sedihnya tengok. Budak kecik buat salah sikit, dah kne sampai macam tu. Aku taktau pun dia nak cawan tu. Salah aku jugak la kutt. Sebenarnya, bapak dia tu takdapat nak terima hakikat yang anak dia buta. Dia tak suka. Sebab tu la dia pukul. Ramai dah marah dengan apa yang dia buat. Tapi, dia pekakkan telinga *pekak betul betul baru tau*

Mak budak tu malu dengan perangai suami dia yang tahpape tu. Mak dia sayang sangat dekat budak tu. Budak baik, tak pernah merungut, takmeminta *mcm aku* oh perasannya aku.

Perhatian kepada mak bapak kat luar sana, walaupun anak hang tu tak sempurna, bukan salah dia. Kenapa mesti sampai nak pukul ? Kalau hang ada kat tempat dia, mesti taksuka kena layan mcm tu kan ? Macam la kau tu sempurna sangat. heh

Adam Hafiz. Jaga diri elok elok ya :)
















3 comments:

  1. hishhh , kejamnye ayah budak tuh
    tah la bdk comell
    huhu :(

    ReplyDelete
  2. agak laa. huhuh. ntah apa apa ntah

    ReplyDelete

Solat penuh harini ?