Tuesday 24 January 2012

Setail : TUDUNG Awak Dan Saya

Agak agak dah berapa banyak dah aku tulis pasal aurat/tudung ni ? Entahlah. Aku suka tulis pasal benda ni :D Isu global ya semua, harap maklum. Maka aku terjumpa satu video yang comel melecur comel comel gitu. Aku tengok pun rasa macam apa jee :) Siapa makan cili, dia lah yang rasa pedasnya !


Aku tahu ramai antara korang korang ni nak jadi anak yang solehah, hamba yang sentiasa diredhai, isteri yang baik dan serantai dengannya :) Tapi, biasalah manusia ni.. Makan kepala ikan banyak sangat. Asyik luuupaa aje ! Lupa lupa lupa ! Itu jelahh. Kalau kita nak tegur, takut marah kuasai diri. Nanti daripada nak nasiahat bertukar jadi caci maki. Aiiyoooo, so not fun -____-


Maka dengan ini, aku nak lah korang tengok video ni yang aku jumpa dari sini --> Cik Beah Osem. Semua santai santai jee tapi iyalah baru lagi kan. Jadi mungkin takbanyak lagi video dia. Jadi, rajin rajin lah tengok ya !




Ya, Cik Beah ni SANGAT OSEMM :D teguran dia santai santai gituu. Jadi, kalau nak tegur kawan atau sesiapa sahaja dengan cara yang halus dan lembut, cubalah tunjuk benda ni bagi dia lembut hati sikitt :) Maklumlah, sekarang trend shawl belit ular simpul mati ni makin dahsyat kat Malaysia ni kan ? Bila aku tengok balik manusia yang pakai ni kan. Kadang kadang nampak maam tak senonoh pu ada. Muahahhahahha. Sorry :) Jadi, aku pun membiasan diri aku untuk pakai macam biasa je. No lilit siput sanggul. Kahkahkah.

Aku tak kesah pun sebenarnya. Tapi bila aku tengok balik. Aku teringat, Rasulullah pun pernah bersabda yang manusia akhir zaman ni berpakaian tapi telanjang. Fahamkah anda dengan apa yang] cuba disampaikan Rasulullah s.a.w ? Iya, betu kat Cik Beah Osem kita tu, tak salah nak pakai tudung setail simpulan hutan belantara. Asalkan baju kita tu LONGGAR. I repeat LONGGAR. Yeah. Peringatan buat aku jugak untuk lebih berhati hati untuk memilih baju.



Hari ni harijadi adika aku dan biasalah boleh beli apa yang dia nak. Aku mula mula nak beli kasut *nak menyibuk beli jugak :p* tapi takjadi :( Kasut tu comel sangat tapi mak aku kata nanti aku takpakai pun :( Betul lah kut apa yang dia cakap. LEpastu aku jumpa baju YANG COMEL KUASA SEPULUH and dah lah ada 50% discount ! PERGH. Mana tak gila aku tengok semua baju comel tu. Tapi sayangnya, baju tu lengan pendek -__________-

Bengang. Y U HAVE TO BE LENGAN PENDEK ?! Y U, Y ?!! Ish, aku baru nak borong tapi, aku tahu itu semua nafsu shopping dan setan waktu tu tengah pujuk pujuk aku. Aku nak cakp pasal benda ni dalam entry aku yang akan datang :D

Oleh itu, saudari saudari sekalian. Cubalah sesekali kita ATLEAST CUBA untuk berpakaian lebih sopan :) Sebab... Meh baca benda ni --> Khas Buat Kaum Hawa :) . Macam aku pernah cakap BANYAK KALI sebelum ni, aku bukanlah baik mana tapi semua orang mencuba untuk jadi lebih baik :) So meh le ikut ^_^




ps : Saya baik :p





No comments:

Post a Comment

Solat penuh harini ?