Monday, 27 February 2012

Yesterday

Semalam ada test komputer untuk driving *macam apa je aku taip ni -.- Aku sebenarnya malas sangat nak update pape tapi entahlah. 


Semalam patutnya pergi pukul 830 pagi tapi orang tu kata pagi ramai sangat, datang lah tengah hari nanti dia call. Okay, fine. Pukul 830 pagi aku tunggu, konon nak baca buku latihan dia tapi aku tidur sampai lah pukul 12. Hahahahahaha. Mengantuk sangat. Tiba2 kakak aku pulak kejut suruh bangun potong bawang. Aiseh. MAlas tahu tak, malas ?!


Dia dah membebel cam apa dah, aku pun bangun tapi lambat lambat aku buat kerja. Aku pergi buat benda lain dulu sampai dia mengamuk sebab lembap sangat. Masalah aku ialah, tolong jangan suruh aku buat kerja bila aju baru bangun dari tidur dan kalau nak mintak tolong, sila tanya baik baik. Kalau tak, aku memang malas nak layan.


Setelah melawatkan masa. Aku pun pergi dapur potong bawang. Potong pun lembap + malas. Pastu mak aku kata takjadi guna bawang. Potong kentang pulak. Haaaa, yelaahhh. Dah siap potong. Aku dapat call, org tu cakap lagi 10minit dia sampai. Okay, aku siap semua, jalan kaki pergi pejabat dia. Tunggu kejap. Orang tu pun sampai. Ya, muka aku memang jelas nampak muka baru bangun tidur tapi aku buat taktahu.


Maka aku pun pakai cermin mata supaya tak nampak sangat muka pemalas aku tu. Hahhahhaa. Nak tidur doh, macam malas betul nak pergi. Dah sampai sana, daftar bagai. Tempat penuh. Aiseh, benci betul. Alih alih, aku duduk kat barisan depan dengan muka malas. Hampir separuh manusia dalam tupandang aku macam aku ni alien. Pelik pelik je diorang ni.


Aku pun menunggu giliran nama untuk thumbprint whatever. Bila nama aku kena panggil, aku pergi lah. Dah, habis tu aku nak amik beg kat tepi tapi aku pandang bilik test tu. Pastu keling tu suruh aku duduk. Rasa macam nak penampar je muka dia. Ni lah sebab kenapa aku tak suka berurusan dengan orangt kelkel ni. Tapi, nk buat macam mana..


Dah 3jam sakit badan duduk macam orang takde wawasan. Sepanjang jam tu aku sempat baca semua 500 soalan. Siap boleh ulang lagi sebab bosan sangat. Cina sebelah aku pun fed up nak baca. Kitorang asik teguk minum air akibat kebosanan yang melampau. Sampailah, kitorang kena panggil. YEAAAYYYYYYYYYY !! Bukan main happy lagi, sebab bosan sangat tunggu kat luar tu. 


Bila nak isi nombor ic tu, aku tekan penduduk tetap Malaysia. Pastu takde dalam pendaftaran. Ah, sudah. Kejadah pulak ni ? Aku pu angkat tangan konon konon ni SPM laa lagaknya :p Abang yang duduk sebelah aku pun pelik je tengok aku. India tu tanya aku pakai ic merah ke ? Aku cakap lah tak. Pastu dia suruh aku baca arahan tapi aku tengah fikir benda lain, jadi aku tak amik tahu apa yang dia cakap. Last2, dia suruh aku tekan orang awam. 


Haaaaaaaa, kan senang suruh aku tekan orang awam daripada bagi aku hint yang entahpape. Aku ni pulak mengantuk, takde mood. Nak suruh aku baca arahan pulak. Tak kuasa aku. Habis, jawab soalan, aku keluar. Yeah, aku lulus. Kat luar pulak hujan. Kredit takde, kenalah pulak topup :p Call orang tu dan tunggu. Berdiri dan tunggu -.- 


Akak dean aku asik jeling jeling senyum kat aku. Aku pun senyum jela Pastu perdi dekat dengan dia. Baru dia tanya, lulus ke ? So, sambung lah episod berborak kitorang. Blalalallalaalaa ~ Pastu balik ! Banyak betul pastu aku kan ? Lantaklah. Naik kereta orang ni, India jugak. Tak lama lepastu, dia suruh aku naik kereta member dia. India jugak. Aku sedih sebab aku taknak. Aku dah cakap kat mak aku nak rang Melayu so taklah aku rasa pelik/takut ? -.-


Last-last, india tu boleh bantai buat lawak pasal kaki aku yang pendek ni. Nasib baik memang lawak, kalau tak, kau gelak lah sorang sorang :p Aku ni jenis yang cepat hilang fokus dan kadang kadang bila orang cakap dengan aku tapi orang ingat aku taknak layan. Bukan taknak, tapi hilang fokus. Macam apa yang jadi kat india tu. Frust gila dia cakap dengan aku. Hahahahahaha. Sebab aku takfaham soalan dia. Padahal dia tanya 'kampung mana ?' Aku jawab benda mengarut ngarut. Sampaikan kawan dia kena explain betul betul kat aku. Tapi aku jawab selangor ! HAHAHAHAHHA ! Sejak bila pulak kampung aku kat Selangor ni !


Oh well, nasiblah. Aku memang macam ni :p Sampai di sini sahaja setakat ni. Sekian terima kasih. Malas nak letak gamar sebab MALAS :p






ps : panjang tak ? Mesti bosan kan ? hehe









1 comment:

  1. hahahah. memang dohh , ujian kom tuu kene tunggu lama maaaa. aku dah sampai tempat ujian , tetibe teringat ic kat rumah maksu aku , sempat laa naik lrt sampai kelana jaya, ambik ic , patah balik pergi tempat tuuu , still ramai. HAHAH. tahnaih laa lulus (:

    ReplyDelete

Solat penuh harini ?