Okay, kita semua tahu sangatlah kewujudan Facebook palsu, yang guna nama orang lain dan gambar orang lain *macam aku* muahahahahahahha. Tapi, masalah sekarang Facebook aku tu ada fungsi tau. Jadi tempat bertanya macam kaunter dekat hotel/hospital bagai tu. Bila ada soalan mesti tanya aku. Jadi, Facebook aku sangat memberi manfaat :)
Yang aku tak suka ni, bila ada yang buat Facebook belambok guna muka sama, kerja add orang sampai beribu tapi takde function. Okay, aku ni tak bodoh tau sebenarnya. Aku tak kisah kalau orang yang add second Facebook aku tu manusia ke, alien ke, kucing ke, aku tak kisah tau, kalau nak letak nama pelik pelik. Tapi kat Facebook asli aku, aku sangat amik kisah semua benda ni. Okay, ada lah satu hamba Allah ni, nama dia Amira Diyana taksilap. ADA DUA NAMA YANG SAMA GUNA DP GAMBAR ORANG YANG SAMA TAPI KEADAAN YANG BERLAINAN. Aku memang tak faham apa masalah semua orang, rabun kah ? buta kah ? Gambar yang dia guna pulak gambar NAJWA LATIF. Tak tahan baii.
Wahai, faker *jangan sebut dengan cara yang salah ye budak budak* mungkin takde siapa kisah siapa kau sebenarnya tapi aku sangat kisah. Nak tahu sebab apa ? Yang pertama, kau guna gambar Najwa Latif. Okay, mungkin ada berjuta orang yg guna tapi diorang xpernah nak add aku jadi, aku tak mention nama diorang kat sini.
Second, kau letak gambar Najwa Latif pakai baju sekolah sebagai DP kau. Semua orang puji kau comel, dan tanya itu gambar kau ke ? Kau layan dan meng-iyakan sahaja. Bila ada orang puji, kau bangga lah kan ? Padahal, dekat tudung tu sudah terang lagi bersuluh tulis nama Imratul Najwa. Pe cer ni sis ? Orang lain komen gambar tu kau reply, bila aku tanya. Kau senyap ? Kenapa baii ? Why baby whyy ? Hahahahahahaa.
Tak faham kenapa semua orang takperasan itu gambar Najwa Latif -.- Kesian budak tu, mentang dah up, korang nak letak muka dia jadi DP korang ye ? Hish, takpatut. Amiklah gambar orang yang takfmous ke, letak gambar kartun ke apa. Ni nak amik muka dia, tahu lah dia comel, kau tak comel tapi takpayahlah. Aku baru nak excited Najwa Latif add aku tapi tengok, laaaah, Amira Diyana mana pulak ni ? Hishh, potong line je.
Lawak lah, sekejap je aku tengok kawan dia jadi dua ribu lebih. Gua tak heran tau member lu ramai, tapi gua pelik. Kenapa tak letak gambar lain ? Kenapa Najwa Latif ? Kenapa ? Aku pun letak gambar minah salleh mana ntah tengah main hujan. Sampai adik aku pun pelik. Hahahaha. Jadi wahai manusia, nak buat fake Facebook, biarlah ada matlamat sikit ya. Bukan main buat menyemak takde function dalam list. Gambar satu dan dua sama, yang ketiga lain, nampak lah name tag Imratul Najwa tu dik. Akak rabun rabun pun boleh nampak lagi ye. Harap maklum :) Nantikan Manusia Tanpa Identiti Part II ! Hahahahha, siapa pandai boleh tahu siapakah tuan punya FB kat bawah ni ! Senang je nak tahu !
ps : maaf sebab sebut nama tapi aku pasti kalau search nama dia kat Facebook, beribu orang yang nama macamtu :) try lah google ke apa.
hahaha. seruisly , ko kelakar. adoiyai (: najwa latiff yaaa? :P
ReplyDelete