Friday, 2 March 2012

6 Jam

Hai, harini ada kelas teori. Ahahaha, tu pun nak bagitahu kan ? Sebab kalau tak, tempat ni berhabuk ! 


So, yang dekat tempat aku cuma ada 3 orang je yang pergi, 2 lelaki dan aku sorang. Budak dua orang tu tak boleh blah. Dalam kereta bukak aku Mr. Saxobeat dengan Thousand Years lepastu nyanyi. Kalau sedap takpe lagi tau.. Kerja diorang bercakap je setiap masa lepastu sepanjang aku berjalan dengan diorang *tapi tak bercakap pun, kalau tak, aku memang sesat lah kan kalau tak ikut diorang* diorang dah plan nak ponteng kelas. 


Alih alih, ic orang pejabat pegang. Tak jadi lah mereka memonteng. Yang sorang amik motor, sorang lagi kereta sama dengan aku. Mamat ni rupa dah ada dah, kaki panjang, jari runcing. Sampai kat tempat tu terus hisap rokok padahal nak masuk kelas dah. Pehh, hancur. Dalam masa beberapa jam, dah berapa puntung rokok dah aku tengok dia hisap. Pelik betul. Lepastu buang merata-rata. Aku marah lah ! Aku ni garang tau. HAHAHAHAHAH :p


Dalam kelas tu pulak, aku duduk sebelah sorang minah pakai tudung tapi buat sanggul unta. Alamak, aku ni dah lah pendek lagi comel, lepastu bonggol dia menghalang pandangan aku dekat orang tu. Macam sanggul dia yang bercakap. Sakit + penat badan aku bergerak nak tengok orang tu bercakap. Pesanan : lain kali jangan menggatal buat sanggul unta, kasihanilah golongan comel macam aku ni -.-


Dan seperti biasa, bila cakap pasal kereta mesti cakap pasal kaki dan seperti biasa jugak lah, aku yang menjadi mangsa memandangkan aku je yang bagi diorang kecik comel padahal ada je yg sama tinggi dengan aku. Nak jugak aim aku. Pastu budak laki yang sama kelas dengan aku ni dok cerita kat member dia yang aku kena bahan. AKU NI COMEL OKAY, COMEL. HAHAHAHAHAHA :D


Tapi pelik, mula masuk kelas ramai lepastu tinggal 6 orang je. Nak kata bahagi kumpulan, yang lain memang tak nampak batang hidung. Aku pun ada jugak lah buat kawan 2 orang perempuan. Dengan budak lelaki 2 orang yang pelik tu. Yang tak boleh blah kan, yang sorang budak laki ni tanya aku, 'Bila nak kawin ?' Aku pun jawab, 'KAWIN !?' *dengan muka takboleh blah + kehairanan. Then, dia pun sambung cerita dia ada awek kat Sarawak, nak kawin tahun depan kat Sarawak. 


Rumah semua dah ada, bapak dia tanggung semua. Aku pun pelik. Member dia yang kaki panjang tu pun pelik dengan dia sebab nak kawin awal. Dan budak laki ni jugak suka korea ! Gila korea ! Sampai masuk pertandingan menari nari macam korea. Dia cakap pakai bedak, make up nak bagi semua muka putih macam orang korea. Beli baju korea. Pergh, fanatik doh. 


Pastu ada orang tanya aku kau suka tak lelaki minat korea ? Aku jawablah, 'Pelik, entah pape *kutuk kutuk sikit*' Pastu budak laki yang nak kawin tu nak mencarut tapi dia cakap 'BAB..' Pastu baru aku tahu yang dia suka korea. Aku ingat mamat kaki panjang tu yang tanya. Si kaki panjang ni pun dok gelak gelak kat kawan dia sebab aku kutuk lelaki fanatik korea. Sebenarnya, aku tak kesah tau, tapi yang aku taksuka sampai baju pun nak korea sampai menari bagai. Itu sudah lebih.


Berdasarkan apa yang aku tengok, perangai diorang dan perbualan diorang ni memang agak dahsyat tapi baik lah jugak kutt ? Peramah jugak. Diorang kata cara aku bercakap selalu macam nak cari gaduh + tak puas hati, muka macam nak makan orang, ganas. Haih, aku yang comel ni diorang cakap macamtu ? -___________-







2 comments:

  1. DAH MEMANG KAU MACAMTU. mcm tikus, kecil & garang. tikus HAHAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. -.- TIKUS COMEL MCM JERRY. Aku macam tu ke weh ? Aku rasa perangai aku molek jee. HAHAHAHAHA :p

      Delete

Solat penuh harini ?