Hai, nama saya Lat. Tapi panggil abang Lat okay ? Dekat sini saya nak cerita jalan hidup saya yang penuh dengan dugaan. Nak tahu ? Aku ni dari kecil ditinggalkan kat tong sampah, makpak aku tak sayang aku. Eh kejap, yeke ? Entahlah. Dari kecik lagi aku takpernah tengok muka makpak aku. Emm, biarlah.
Aku ni hina. Iyalaaa, anak sampah kaan. Semua orang pinggirkan aku. Panggil aku sampah masyarakat. Kau tahu tak apa aku rasa sekarang ni ? Kau tak tahu ! tu ah masalahnya ! Untunglah makpak korang still bela korang, tak letak korang kat tong sampah. Semua pandang serong kat aku. Aku hidup sendiri !
Tapi, ada kau kesah ke ? Aku boleh bet la yang korang pun taknak kawan dengan aku. Semakin aku membesar, aku mula memahami hidup. Aku takpernah minta dilahirkan dengan sebegitu. Aku takpernah minta orang benci aku. Mungkin Tuhan nak uji aku. Kecekalan aku.
Alhamdulillah, kini aku sudah berkahwin. Bini aku, anak anak aku. entah kenapa dua tiga hari ni aku rasa taksedap hati. Mungkinkah ini panggilan dariNya ? Apa yang patut aku buat sekarang ? Hmm. Aku mahu tinggalkan pesanan buat isteri dan anak anak ku..
Assalamualaikum sayang,
Bini abang sihat ? Baguslah kalau sihat. Abang tak tahu kenapa dua tiga hari ni abang tak sedap hati. Abang harap, abang dapat tengok muka sayang lagi esok. Doakanlah abang panjang umur ya ? Kalau boleh, sayang jaga la anak kita elok elok, baik baik. Berdikari. Abang sayang sangat dekat keluarga kita tapi kalau umur abang memang tak panjang. Abag nak minta maaf kat sayang kalau selama ni ada terkasar bahasa, terlanjur bicara. Sampaikan salam sayang kat anak anak kita nanti. Bukan tu je, kalau sayang terjumpa makpak abang, cakap jela abang sayang diorang jugak. Minta ampun kalau sebelum ni abang selalu menyusahkan diorang. Okay ? EM, abang rasa sampai sini jela surat abang. Jaga diri ya.
Yang handsome,
abang Lat
--------------------------------------------------------------------
Nak tahu tak apa jadi kat abang Lat kita ni ? Okay sedang aku membasuh pinggan. Tiba tiba abang Lat ni datang lepak kat sudu aku, dia mcm drowning lah kutt. Lol. Then, aku picit sabun atas dia and dia terkapai kapai. Akhirnya dia mati. Begitulah cara berakhirnya riwayat abang lalat kita :D
ps : Flies ? Me no likey --'
No comments:
Post a Comment
Solat penuh harini ?