AL FATIHAH
buat atuk tersayang : Abdullah bin Bahnan
Arwah atuk saya seorang yang baaaaiiikkk sangat :) peramah jangan cakap la kan :) Dikebumikan pada hari Rabu, 10 Ogos 2011. Bulan Ramadhan. Tahun lepas, nenek belah ayah meninggal, bulan Ramadhan jugak. Tahun ni, atuk belah ibu. Cepat betul dia pergi, semua tak sangka jadi macam ni.
Waktu kecik dulu, atuk suka nyanyi lagu ape ntah, pastu dia tuka lagu tu jadi tajuk 'Don't make atuk angry' Hahhaha. Kitorang pun nyanyi sama lah :) Atuk ni kuat mengomel, mcm perempuan. Tapi sebab tu la rumah besar yang tak ramai penghuni tu selalu meriah. Meriah sangat. Raya tahun ni macam mana eh suasana ? Hmmm..
Pagi, 830am. Semua dah siap pakai baju kurung/melayu pergi hospital. Tunggu. Makin lama, makin ramai yang datang tapi tunggu dekat luar. Ada yang menangis. Saya tak menangis, saya kuat. Keadaan jadu agak suram. Kesian nenek saya. Tapi takpe, atuk saya baik. Semua orang sayang dia.
Lepas arwah atuk dimandikan, semua datang nak cium. Nak tau, selama saya hidup ni *Alhamdulillah* arwah atuk saya paling wangi pernah saya cium :) Muka atuk saya nampak berseri seri ! Bersih sangat ! :) hmmmm. Macam biasalah. Kalau nak cium, tak boleh kena air mata kat jenazah tu kan. Saya tak menagis pun. Saya kuat. Selesai semua orang. Saya keluar. Jenazah di solatkan. Nak tau lagi, saya tak puas nak menatap wajah atuk saya :( saya nak tengok lama lagi. Tapi takboleh. Waktu doa tu. Saya takdapat nak tahan air mata saya. Saya mengangis jugak. Tapi sorok sorok lah. Malu la orang nampak.
Kat masjid. Atuk disolatkan oleh raaaaammaaaaaii orang. Sangat ramai. Ada yang tak kenal pun datang solatkan. Kata golongan ini, mereka kenal atuk saya. Sebab atuk saya selalu tolong diorang. Kitorang sendiri taktau cerita. Tengok, kan saya dah cakap, atuk saya baik. Usai solat, jenazah diusung. Oleh siapi ? Well, selalunya ahli keluarga kan ? Tapi kali ni, oleh sahabat handai. Semua kawan atu berebut nak angkat. Sampai anak sendiri nak angkat dah takde ruang, ayah saya nak angkat dah takboleh. Kawan atuk saya ramai sangat yang nak angkatkan. Ada yang takdapat nak angkat tu, sentuh pun kira okaylah. Asalkan dapat. Saya macam taksangka. Semua orang taksangka. Haaa, saya dah bagitau kan, atuk saya baik :)
Semua berjalan lancar, Punctual habislah ! Tak lengahkan masa. Even imam *pakcik* lambat sikit nak imamkan solat sebab kitorang baru gerak dari hospital. Semua dah berdiri kat saf. Elok je. Punctual. Macam atuk saya, dia taksuka lengahkan benda pape. Hebat kan ?
Emm, sampai sini je kutt. Saya takboleh nak cerita banyak. Akhir kata, Arwah atuk saya baik. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman :) Amin. Atuk taksempat tengok saya habis belajar. Takpelah. Saya buat sehabis baik supaya saya berjaya. Atuk nenek selalu doakan kami adik beradik berjaya, anak soleh dan solehah. Sekarang, masa untuk kami doakan yang terbaik buat arwah atuk. Saya sayang atuk :')
Ceritanya panjang lagi, ada part best :) Saya memang nak cerita. Tapi takut panjang sangat. Takpelah, biar kami je yang tau :)
AL FATIHAH
AL FATIHAH
ReplyDelete